Restoran ZZ Sup Tulang

Satu lagi spot yang tidak asing lagi bagi penggemar sarapan di Johor Bahru ialah Restroan ZZ Sup Tulang. Sehingga kini ada banyak cawangan yang telah dibuka selain dari cawangan utama di Jalan Petrie, terdapat 2 cawangan iaitu di Damansara Aliff dan Setia Tropika. Krew sudah pergi kesemua cawangan. Makanannya semua memang sama. Hebat.

Paling hebat, sekarang meraka telah mempunyai Facebook Fan Page. Krew memang suka kepada pengusaha restoran yang menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka. Krew memang pergi ke Restoran ZZ Sup Tulang hanya waktu sarapan pagi. Umum mengetahui bahawa restoran ini beroperasi pada waktu tengahari dan juga malam.

Menu utama krew pastinya mee rebus tulang. Memang terangkatla. Kadang menukar selera seperti Mee Hoon Sup Daging, Soto Ayam dan juga Bubur Nasi. Terdapat bermacam-macam jenis makanan yang disediakan dan antara yang popular ialah Lontong Kering, Nasi Ayam Penyet.

Rata-rata ramai yang gemar menjadikan Restoran ZZ Sup Tulang sebagai destinasi utama untuk menjamu selera, dan dari komen-komen dalam Fan Page-nya, ada yang tidak berpuas hati dengan ‘service’ aka lambat. Tapi pada krew yang hanya makan pada waktu pagi, kalau lambat itu, memang normal sebab memang ramai.

Nama Gerai : Restoran ZZ Sup Tulang
Lokasi : Jalan Petrie (JKR Daerah), Setia Tropika, Damansara Aliff
Wajib Order : Mee Rebus Tulang, Lontong Kering, Sup Tulang
Waktu Perniagaan :07:00AM – 11.00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3/5

Restoran ZZ Sup Tulang JKR

Mee Rebus Tulang

Bubur Nasi

Soto Nasi

Join the Conversation

8 Comments

  1. Kepada semua penggemar Mee Rebus Tulang dan lain-lain juadah di Z.Z Sup Tulang, tempahan berbuka puasa boleh dibuat melalui telefon. Telefon 0127227209 / 0177554665 (Emy/Zaki). Tempat terhad.

  2. Salam..
    Kawan terpanggil untuk komen pasal sop tulang ni.. Biasanya si penggemar sol tulang akan cuba beberapa gerai sebelum bole compare mane paling best.. Bagi kawan.. The best so far bukan di restoran zz ni.. Bagi kawan. Cuba sop tulang dpan twp di tampoi atau di taman pasir putih.. Memang terbaik !!!

  3. salam admin,sy nk rekemen lg 1 tempat sup terbaek,cuba g taman tun aminah,berdekatan dengan stesen minyak caltex,bg sy sup gear box warung tu antara yg terbaek

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.