Categories
Dinner

Restoran Meranti Fusion Grill

Krew jarang mencari ‘makan-spot’ di kawasan Masai ataupun Pasir Gudang. Tapi kalau sudah kesana, Restoran Meranti Fusion Grill memang menjadi destinasi utama. Ruang makan yang lapang dan tenang memang menjadi spot untuk sessi mengeteh bersama rakan-rakan krew yang lain.

Fusion Grill dibuka pada suku pertama 2009. Pengusaha restoran, Indrawira Ibrahim mengambil pendekatan yang berbeza bagi menyajikan kelainan pada menu yang ditawarkan. Disamping menu-menu barat seperti Mixed Grill (mesti cuba!), Sirloin, Lamb Chop, terdapat juga menu-menu seperti Nasi Goreng Abah, Kuey Tiaw (krew personal favorite). Antara kelainan utama yang ketara ialah Fusion Grill menyediakan appertizers (starter) seperti Potato Wedges dan Wantan Goreng. Kalau ngeteh sama rakan-rakan boleh order starter dahulu sambil berborak.

Nama Gerai : Restoran Meranti Fusion Grill
Lokasi : Jalan Meranti 8
Wajib Order : Lamb Chop, Mixed Grilled
Waktu Perniagaan :07:00PM – 11.00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Open kitchen

Nama air krew lupa

Mixed Grill

Sirloin Steak

10 replies on “Restoran Meranti Fusion Grill”

Selalu pergi sini bila trasa nak makan nasi dan anak plak nak western…tapi sadly sudah tutup sekarang…tiap-tiap kali nak pergi Tesco Sri Alam try setiap bulan kot-kot bukak balik tapi hampa…

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.