D & C Western & Steam Burger

Terlebih dahulu ingin memohon maaf kerana tiada post terbaru dalam masa hampir dua bulan. Banyak dugaan yang diterima oleh krew dan membuatkan krew berfikir sejenak tentang tentang kehidupan. Kadang kala terfikir dengan ada dugaan ini bagus juga kerana mengingatkan kita bahawa kita adalah insan kerdil di bumi Allah ini.

OK, untuk post kali ini krew terjah ke sebuah lokasi di Bandar Baru UDA. Lebih tepat lagi di Jalan Padi Mahsuri 7. Gerai ini kalau tidak diperhatikan betul-betul memang akan terlepas pandang, sebabnya port ini adalah sebuah rumah. Sebuah rumah yang ditransform pada waktu malam untuk menjadi kedai makan (macam transformers pulak).

Kalau mengikuti JBFoodClub Facebook Fan’s Page, ada fan yang bercerita tentang gerai ini. Menu yang agak pelik dan orang tertanya-tanya ialah Steam Burger dia. Selalu burger di goreng biasa atas pan kan? Ini steam burger. Mesti orang hendak tahu sangat kan.

Delicious & Cheap – Western & Steam Burger adalah nama gerai yang diberi. Menjual hanya western food. Chicken Chop/Grilled, Beef Steak, Lamb Chop, Fish & Chip dan aneka burger. Setiings ala-ala open house, hanya ada lebih kurang 5/6 meja sahaja. Ruang makan agak terhad, so kalau boom lepas post di JBFoodClub ini, kene tambah meja la jawabnya.

2 kali krew kesana. Rasanya sama. Itu yang bagus. bagi krew, untuk western food ini, yang penting adalah gravy. Gravy yang serasi dengan daging/lamb kita itu yang membuatkan pelanggan datang semula untuk menikmati juadah yang disajikan.

Beef steak yang krew order lembut dan enak, dan harganya juga murah kerana bukan dari jenis tenderlion atau sirloin. Lamb Chop portionnya cukup besar. 3 kepingan lamb chop yang besar dalam satu hidangan. Puas tu. French fires biasa sahaja. Coeslow kurang sayuran, terlalu banyak mayonis/thousand island yang digunakan. Gravy yang sedap dan enak. Deep fried chicken chop tidak order kerana lihat dari jauh macam menggunakan chicken keel / nugget style. Steam burger rasanya baik takyah order la.

Puas hati, service yang pantas mungkin kerana meja yang terhad. Jika anda ada RM5 dan ingin memakan western food, krew rekemen habis tempat ini. Takyah la nak bayar RM5 tapi tunggu bertahun angin nak tunggu sampai atas meja (hint hint)

Nama Gerai : Delicious & Cheap Western & Steam Burger
Lokasi : 24 Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Foursquare/Maps :
No Telefon : Angah – 0197699763 & 019 7983134 | Mizan 0127910369

Wajib Order : Lamb Chop, Beef Steak
Waktu Perniagaan :06:00PM – 11.00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5



Join the Conversation

5 Comments

  1. Pingback: Western C Steak
  2. heheh ni gerai kwn saya…steam burger tu sama je mcm beger lain..tapi yg spesel nye roti tu di kukus..bukan masak atas kuali lepas disapu butter..then ada apple slices dlm beger tu…rasa masam2 manis…syokkkkkkkkkkkkkkk !!!

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.