Bazaar Ramadhan Bandar Baru Uda

Sudah 5 Ramadhan barulah krew berpeluang berjalan-jalan ke baazar ramadhan. Untuk review kali ini, bazaar ramadhan bandar baru uda menjadi pilihan. Sebab utama ianya dekat saja dekat rumah krew, hehe.

Bazaar ramadhan bandar baru uda, ada dua sebenarnye, satu bersebelahan masid, satu lagi di jalan apa eh , tapi yang krew nak review di bersebelahan masjid

Agak luas ruang perniagaan di bazaar ramadhan di bandar baru uda. Tidaklah bersesak-sesak sangat dan berlanggar-langgar bahu. Tidak ada yang menu/makanan yang pelik, cuma yang ada dijumpa ialah Twister Potato, kentang yang dipotong secara twister dan digoreng.

Terdapat juga gerai pizza yang dijual panas-panas. Mungkin itu juga satu tarikan baru. Terdapat juga gerai nasi lemak yang membuatkan krew huru-hara. Anak krew dari jauh menjerit “pin-pin” (merujuk kepada Upin & Ipin). Rupanya karekter-karekter kartun digunakan untuk merujuk kepada jenis lauk yang dihidangkan bersama nasi lemak yang dijual. Nasi Lemak Spongebob (daging rendang), Nasi Lemak Naruto (ayam rempah), Nasi Lemak Ultraman (udang sambal), Roti Daging Upin & Ipin. Nama je orang dah tertarik.

Sila jamu mata dengan galeri gamabr dibawah

Join the Conversation

2 Comments

  1. sy suggest yg kat padi mahsuri sebelah bangunan uda tu coz g sana ada nasi lemak ayam berempah yg best lg panas.. hati, paru grg pon ade.. lg, nasi kerabu daging bakar.. huhu.. dan ayam percik.. rojak pon sedap.. pendek kata sume ade kat bazar tu.. hehe =)

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.