Mee Goreng Mamak @ Restoren Mohamed Ali

Dinner Lunch

Bermula dengan pertanyaan “Mee Goreng Mamak, best in the universe 80’s style”, agak kelam kabut peminat JBFoodClub di Facebook. Betul juga. Mana nak cari mee goreng macam itu sekarang. Sekarang mee goreng mamak sudah banyak variasi. Ada letak ayam goreng la, nak basah sikit la, macam-macam. Nak mintak lebih-lebih, buat dekat rumah la. Hehe.

Krew tidak puas hati, sejak mendapat informasi dari “orang yang boleh dipercayai”, terus tidak lena tidur malam. Hari sabtu lepas juga, setelah maghrib, hidupkan enjin kereta, krew menuju ke Ulu Tiram. Ya, ulu tiram. Takde la jauh sangat, tapi keinginan mencuba sesuatu yang sedap, krew redah. Petunjuk yang diberikan “Lu masuk pekan tiram, amik kanan pastu lu carik ali”. Risau juga, malam minggu takut mamak 80’s tutup, mamak moden 24/7 buka. Sampai pekan tiram, terus krew belok kekanan dan “yes” jumpa juga akhirnya. Pekan tiram malam minggu agak hambar, tapi peduli apa, dah jumpa apa yang dihajati.

Memang 80’s. Kalau kaunter meja dunhill memang dah lengkap dah. Teringat dialog malam tadi “Ni kalau gua nak order, gua kene cakap apa eh? mee goreng ke mee goreng mamak, takut salah order”. “Lu cakap jek mee goreng”. Pelayan datang ambil order dengan confident order “mee goreng 2, pedas, satu ada sayur, satu taknak sayur”.

Kurang dari 10 minit, hidangan atas meja. Memang simple, memang 80’s style, tak kelihatan kentang, tapi takpe. Rasanya memang superb, diakui sendiri oleh isteri krew. Krew memang order pedas-pedas. Tak keluar pulak “bintang-bintang” yang dicanangkan dari perbualan semalam, tetapi puas hati. Mee yang agak basah-basah lembap, rencah yang simple, pendaram, tahu, dan sotong. Memang best. Sangat direkemen.

Nama Gerai : Restoran Mohamed Ali
Lokasi : No 75, Jalan Rambutan, Taman Tiram Baru, 81800, Ulu Tiram.
Foursquare/Maps :
Wajib Order : Mee Goreng
Waktu Perniagaan : 06:00AM – 12.00PM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5


Restoren Mohamed Ali
Mee Goreng Pedas Tak Nak Sayur
Pandangan dari atas
Mee Goreng Ada Sayur

6 thoughts on “Mee Goreng Mamak @ Restoren Mohamed Ali

  1. Salam,
    bro klu blh bg lah maps dia…nie alamat x detail lah…susah nak cari….harap dpt tunjukkan maps dia ea……

  2. dijemput dtg ke kedai restoran mohamed ali…mmg sedap mee goreng di sini!!terkenal di ulu tiram!!
    alamat tu mmg dah tepat sgt…

  3. mmg betul….Mee Goreng Mamak TERBAEK di JB…..Gua rindukan betul suasana Restoran Mamak 80’s..nak2 meja kayu tinggi tu

  4. wa baru je lunch kt sini tadi, masih ori & murah. Kedai pon bersih. Ni nama dia mamak melayu, sbb rasanye dah genarasi yg ke dua/tiga mamak ni, yg penting tukang masak tu mamak melayu, mamak local, bkn mamak india mcm kat mamak 24jam tu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.