Warong ini terletak di Kampung Ubi. Dahulunya berada dikawasan deretan gerai Majlis (agaknya). Kawan krew yang mula-mula mengenal warong ini. “Kau makan kari kepala ikan tak?”. Jawapan krew “kurang”. Rakan krew bawa ke warong ini dalam lebih kurang 5 tahun lepas. Ramai orang. Banyak betul kepala ikan. Ada juga asam pedas. Udang, ketam dan ikan-ikan yang biasa kita makan.
Sambutannya masih sama sehingga ke hari ini. Cuma tempat sahaja berubah.
“Ha, bang, kepala ikan merah, merah bang RM20. OK RM15 la”
Tuan kedai yang menawar. Haha. Pelikkan. Dah selalu kesana tipsnya jangan angguk pada pelawaan pertama. Pasti harga turun lepas tu. Baru sambar. Haha. Kita pilih ikan yang kita hendak, pilih masakan kari atau asam pedas.Pilih sayuran. Ada menu baru setelah 5 tahun tidak kesini. Sup gear box.
Krew hari tu memilih Kari Ikan Merah, Sup Gear Box. Cuba teka berapa. Memang murah tak ingat la. Semua sekali RM34. Ye, RM34 sahaja. Ikan Merah, tuan kedai kira RM20 je Sup Gear Box RM10. RM10. 4 gear box RM10. Murah sangat. Disini, nasi percuma. Kalau nak melantak, memang puas. Balance RM4 tu air.
Dari sumber yang diketahui, anak kepada tuan kedai ini berniaga pasar. Itu yang boleh dikatakan ikan-ikan yang dihidangkan agak murah dan segar pula. Krew tidaklah berapa suka makan kepala ikan, itu yang pada hari itu mengambil seketul ikan. Puas hati. Kari dia ada stail mamakla. Nak amik wudhu waktu Isya’ pun masih melekat lagi kari dia. Sup gear box pula memang sedap. Kuah supnya yang pekat memang sebati la dengan gear box tu.
Kalau sesiapa ada berada dikawasan Kampung Ubi atau Kampung Melayu memang boleh sangat singgah disini. Makanan sedap dan murah. Sangat direkemen.
Nama Gerai : Citarasa Cahaya Dinar
Lokasi : Kampung Ubi
Wajib Order : Kari Kepala Ikan / Sup Gear Box
Waktu Perniagaan : 11:00AM – 3.00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3.5/5
Leave a comment