Scene burger di Johor Bahru ini agak memberansangkan. Kadang-kadang kalau dalam kawasan perkampungan/taman perumahan setiap 100 meter mesti ada satu. Perkembangan perniagaan yang sihat, berdaya saing dan maju (ayat!). Sudah pasti yang untungnya ialah pembeli seperti kita. Banyak pilihan.
Di Kampung Melayu sahaja, boleh dikatakan setiap 100 meter mesti ada gerai burger. Dan yang paling mendapat perhatian krew ialah Serasi Burger di Jalan Masjid, Kampung Melayu. Bayangkan, jam 1.00 pagi, hari bekerja, orang beratur dengan setia menunggu burger mereka dimasak. Pernah sekali, jam 2.30 pagi pada hari Sabtu, krew saja menyinggah dan gerai masih dibuka dan ramai orang. Memang terbaik.
Selalu krew order Burger Daging Special Telur Tenggek. Itu krew panggil la. Sebenarnya, telur tu telur yang dimasak style banjo. Tidak gemar daging burger diselimut dengan telur. Kadang-kadang kalau time bulan sabit, letak cheese la, kalau bulan mengambang biasa je. Hehe.
Semalam sempat berbual ngan owner. Dia kata dia tidak pernah mengira berapa banyak dia jual satu hari apabila krew bertanya. Jawapan ringkas, hari biasa, boleh dua kotak, hujung minggu boleh 2 kotak. OK, jom kira, satu paket burger ramly ada 6 keping daging/ayam. Satu kotak ada dalam 30 paket (atau 32 paket). Kalau di darabkan 2, 360 keping daging burger sehari. Hujung minggu hampir 540 keping. Pergh. Pakcik kayo!
Apa yang best sangat burger dekat Serasi Burger ni. Ada satu part dia letak ‘perencah istimewa’ dan untuk mayonis, ianya disapu diatas bun, bukannya dipicit seperti kebanyakan gerai burger yang lain.
BONUS
Ada video ‘the making of’ dibawah. sila like or sebar-sebarkan. Terima kasih.
Nama Gerai : Serasi Burger
Lokasi : Jalan Masjid, Kampung Melayu
Wajib Order : Burger Daging Special Telur Tenggek with Cheese
Waktu Perniagaan : 7:00PM – 3.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5
Maps/Foursquare :
Great info on eating places in Malaysia, particularly in Johore Bahru! Good job!
makluman.serasi burger dah berpindah ke depan sekolah agama kg melayu,majidee.lebih kurang 15meter dari lokasi lama.harap maklum.
ada 1 lg tempat jual burger yg best.. kan depan flat barli bandar baru uda, jalan skudai kanan.. gerai kecik je girl yg jual.. tp mcm2 burger ada.. ayam dan daging mmg biasa, tp kat situ ada jual burger arnab dan burung unta.. try la.. siap ada coleslaw(mintak lbh xde charge tambahan), dan sos pelbagai..
Salam Mod….
ni yg owner dia OKU tu ker?
yg tiada keupayaan berbicara….
betul Azlee.
johor mmg terkenal ngan burger warung…TERBAEKK….Bro trylah burger kt Caltex Taman Gaya…Burger abg koboi