Seharian di Car Boot Sales, Lost Malaya Gallery

Ahad, 6 Februari 2011, krew berada di Lost Malaya Gallery bersama-sama team Wonder Stuff (Syed Syahrul & Tok Rimau)bagi menjayakan Car Boot Sales bulan Februari 2011. Car Boot Sale anjurang JOHO, event bulanan dimana, participant seperti team Wonder Stuff menjual barang-barang terpakai dengan hanya membuka bonet kereta dikawasan lapang Lost Malaya Gallery.

Kali ini, terdapat dua seksyen utama, Old Skool dan New Skool. Kami team Wonder Stuff ditempatkan di OldSkool bersama participant lain menjual barang-barang terpakai, vintage, dan rare. Hanya kami sahaja yang menjual buku-buku, majalah-majalah terpakai dan hampir kesemua participant lain menjual baju-baju terpakai, bundle.

Cuaca yang berkelakuan sungguh baik tetapi agak terik (krew kene sunburn). Event bermula seawal 10 pagi dimana participant meletakkan kereta masing-masing ditempat yang telah ditetapkan. Orang ramai mula membanjiri pada jam 2 petang dan semakin sesak apabila jam 5 petang. Kami di Wonder Stuff sangat berpuas hati dan dapat melebarkan lagi jaringan rangkaian sahabat dari setiap pelusuk JB dan minat yang berbeza-beza.

Terdapat hanya satu gerai makanan yang memang glamer la kalau event JOHO ni kalau bukan Nasi Lemak Combi. Krew baru sahaja nak makan dah kene sound ngan owner “habisla, jbfoodclub nak review nasil lemak combi”. Krew senyum sahaja..Kenal pulak diorang ni kat krew. Takde la review, Qayyum pun suruh review masa kat Setia Tropika. Agak hectic dan kelam kabut jugak masa Car Boot Sale ni.

Tidak banyak gambar yang diambil, cuaca terlalu terik untuk berlegar-legar.

Kredit Photo : Tok Rimau

Seharian di Car Boot Sales, Lost Malaya Gallery
Booth Wonder Stuff

Nasi Lemak Combi/Syed vs Siti 'Lego Builder' Fatimah

Join the Conversation

3 Comments

  1. Pingback: Nasi Lemak ‘U’
  2. haa! adepun mention pasal nasi lemak kombi.skng da pindah tmpt bru, kat Jalan Ibrahim, berdekatan dengan Pejabat Pos di Bandaraya Johor Bahru. Sebelah dy pulak kedai Scrumbtious, jual dessert yg sedappp gile dan attractive

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.