New & Fresh Cendol (sebelah Giant Taman Suria)

Banyak gerai cendol yang terdapat di Johor Bahru. Gerai cendol yang diterjah oleh krew ini selalu disebut-sebut oleh warga JB, antara yang best. Sempena cuti Tahun Baru Cina 2011 yang lepas, sambil merayau-rayau di kawasan Kampung Melayu yang masih dalam keadaan hujan yang tak berhenti selama 48jam. Krew ambil kesempatan singgah sebentar gerai cendol yang selalu disebut-sebut.

Sampai-sampai sahaja, tempat air cendol tu dah senget sebelah, alamak dah abis ke? Buka tingkap, terus jerit

“dik, abis ke?”
“ada lagi bang, makan sini?”
“makan sini, dalam kereta, hujan renyai”
“ok!”

Jam waktu itu 4.20PM. Hujan-hujan pun ada juga yang gian cendol ni. Sampai sahaja cendol yang diorder, lain benar cendol dari yang biasa. Kacang merah diletakkan diatas, dan juga isi cendol nya. Kena godak betul-betul supaya gula melaka kat bawah tu dah sebati ngan cendol. Rasanya okla, takde yang menarik sangat. Cendol dia agak kenyal, sedapla kalau suke mengunyah. Mungkin setting tempat dia kot yang membezakan tempat lain. Yelah, cendol gerai lain, kerusi adala 4/5 biji, kalau tak kene nyangkung tepi longkang untuk dapat feel makan cendol. (haha).

Krew pula memang tak minat sangat cendol dengan pulut. Just plain cendol atatupun cendol dengan kacang merah. Lain kali kalau ada kesempatan lain, krew akan review tempat lain pula? Cendol UTM? Cendol Mohd Zain? Cendol Maslee?

Nama Gerai : New & Fresh Cendol
Lokasi : Jalan Suria 11, Taman Suria
Wajib Order : Cendol
Waktu Perniagaan : 12:00PM – 5.00PM
Food Rating : 3/5
Service Rating : 4/5



Join the Conversation

6 Comments

  1. Teringat cendol mamak kt pontian.. one of the best.. ntah ada lagi ke x.. kt situ mmg original & plain cendol+kacang merah(if preferred).. klu pg pontian, msti kena try.. slurpp..

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.