Kalau bekerja di kawasan sekitar tampoi, boleh dikatakan kawasan sekitar ini kurang tempat makan yang menjual goreng-goreng kalau waktu tengahari. Yela, kadang-kadang tu jemu jugak asik nak makan nasi berlauk, lauk ayam, lepas tu lauk ayam, ayam lagi. bosan.
Gerai makanan kali ini sebenarnya telah di ‘discover’ oleh family krew ketika krew time tu belajar di Jengka. Time cuti family ajak makan di gerai ini pada waktu malam. Dengan selamba arwah ayah orderkan kami semua sup ayam. Pergh. Memang best la, sup ayam dia. Dasyat. Untuk pengetahuan pembaca, krew hanya suka sup ayam yang ayamnya digoreng (ayam goreng la tu), dipotong kecil-kecil dan dimasukkan sup yang memang lazat. Terangkat. Sejak dari itu, kalau ada kesempatan memang kami sekeluarga makan disana. Bukan kerana sup ayamnya sahaja, tetapi goreng-goreng memang best. Nasi goreng kampung, tom yam, dan macam-macam lagi.
Selang beberapa tahun dan baru masuk kerja time 2001, kawan baik krew ajak makan tengahari. Dia kata “jom kita makan kat kempas, kalau cepat, dapat baca metro”. Hahaha. Bila kawan krew pick-up krew dan bawa krew ke sini, terus berkata “la…aku ingat kedai ni bukak malam jek, rupanya tengahari lagi dah bukak”.
Sejak hari itu, dari bercouple, bertunang, berkahwin, anak satu, anak dua, krew akan makan tengahari disitu bersama wifey krew. Macam-macam telah bertukar, kedudukan tempat masak, tukang masak, hampir tiga kali bertukar, dari berniaga goreng-goreng sahaja, sekarang sudah ada jual nasi berlauk juga. Boleh tahan.
Recommendation: Nasi goreng kampung, nasi goreng cendawan, nasi goreng ikan masin, sup ayam, mee hoon goreng, mee goreng. Berikut adalah foto yang sempat disnap pada minggu lepas.
Nama Gerai : Jaafar Nasi Ayam & Tom Yam
Lokasi : Jalan Denai Utama
Wajib Order : Nasi Goreng Kampung, Sup Ayam
Waktu Perniagaan : 11:00AM – 11.00PM
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 4/5
Nie cam dekat ngan warong wak radol je bro…
betul!
Dah try mggu lps..walaupon xda org,tapi terangkat haa nasi grg kmpung ngan sup ayam..sedap..
Cayala. Mmg terangkat.
mmg gerek….
hehe…dekat jer gan mah aku
Good info for me.. Sy keja 3 bln je di plentong..naik pning nk cri tmpt mkn yg simple n best..