Odeen Corner

Durian goreng? serius? durian goreng? Ada jual ke kat johor bahru ni? Kalau ada memang popular la kedai tu. Jawapannya memang ada. Tapi bukan seperti yang anda semua gambarkan. Bukan jenis pisang goreng, dan keledek goreng.

Iklan durian goreng merata-rata ada di sektar johor bahru. Memandangkan sekarang ini (Feb 2011) memang sudah masuk musim durian, memang sesuai sangatla kalau nak makan. Isteri krew ternampak banner durian goreng dan sejak itu suruh mencari dimanakah kedai yang menghidangkan juadah tersebut. Sebenarnya krew dah tahu dah cuma saja je tak nak bagitau. Hehe.

Odeen Corner terletak di Larkin Jaya dan bukan sahaja menyediakan durian goreng, malah segala jenis makanan ada disediakan. Malam itu krew mencuba kuey tiaw kungfu, nasi goreng seafood dan lamb chop.

Untuk starters krew mencuba durian goreng dan pepes ( otak-otak alaf baru). Durian goreng memang sedap. Kalau nak digambarkan dengan kata-kata, inti kastard perisa durian disaluti dengan ramuan tepung yang enak. Kemudian, ada pula pepes (kalau salah ejaan tolong betulkan). Puas makan kerana terasa isi ikan/udang nya.

Main course kuey tiaw kungfu macam biasa sahaja. Boleh mencuba. Nasi goreng seafood sedap. Kene try. Star pada malam itu ialah lamb chop. Dengan portion yang besar, gravvy black paper yang tidak pedas sangat, memang sesuaila dimakan dalam cuaca yang sejuk ini.

Nama Gerai : Odeen Corner
Lokasi : Jalan Cenderawasih, Larkin Jaya

Wajib Order : Durian Goreng, Lamb Chop, Nasi Goreng Seafood.
Waktu Perniagaan : 6.00PM – 11.00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Odeen Corner

Ruang Makan / Ruang Masak

Durian Goreng / Pepes

Kuey Tiaw KungFu

Nasi Goreng Seafood

Lamb Chop

Join the Conversation

7 Comments

  1. durian goreng ni mmg sedap, tapi berminyak sgtkan? Muak sikit bila makan…saya suka makan otak2 ayam kat situ..yummy…btw, servis tpt ni kena improve sikit, skrg dah makin lambat….

  2. nak tanya sikit, dah try makan kat restoren Salsabila kat area kebun teh..dekat2 dgn cimb dekat simpang 4 trafik lite situ..sedap tak..konsep dah cantik, arabian nite….melayu punya ke?

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.