Antara carian paling popular di JBFoodClub ialah ‘nasi ayam penyet’. Musim ayam penyet memang tengah naik. Restoran yang menyediakan nasi ayam penyet semakin hari semakin banyak di Johor Bahru. Bayangkan la kalau restoran mamak pun nak join scene ayam penyet. Dan ramai pula penggemarnya, sehingga ramai yang mencari-cari ‘the best’ nasi ayam penyet.

Ada yang mengklasifikasi, ayam yang menjadikan nasi ayam penyet tu sedap, ada pula mengatakan sambal belacan yang kene power. Kombinasi kedua-kedua lagila menambahkan kredibiliti restoran yang menawarkannya. Krew bukanlah peminat ayam penyet, tapi pernah makan dibeberapa tempat, antaranya restorang di Kampuing Sepakat (sebelah BBU), Restoran ZZ (sebelah Hospital), Restoran Kampung Danga, Cafe C2SE, Nusajaya dan yang terbaru di Restoran Pinang.

Beberapa penggemar mengatakan nasi ayam penyet di Restoran Pinang adalah yang terbaik, menggunakan ayam tua, sambal belacan ‘to die for’ ( kene tambah extra ). Krew tidak mahir kawasan Taman Universiti, so krew terpaksa menelefon @tokrimau , dan rupanya ia sederet dengan Restoran Shahab cuma berlainan blok. Nasi ayam penyet Restoran Pinang memang menarik, krew memang suka ayam tua dan sambal belacan yang pedas. Memang krew rekemen la tempat ni kalau nak berpeluh time makan.

Nama Gerai : Restoran Pinang
Lokasi : 34, Jalan Pendidikan 3,Taman Universiti, 81300

Wajib Order : Nasi Ayam Penyet
Waktu Perniagaan : 05:00PM – 12.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 3/5

Restoran Pinang

Nasi Ayam Penyet

Baru memulakan perniagaan

Nasi Ayam Penyet Closeup

Join the Conversation

9 Comments

  1. aku first time makan ayam penyet ni last week, hubby aku bawak aku kat Restoran Pinang@Tmn U ni la…ayam dia mmg marvellous la kalau nak dibandingkan dgn yang aku goreng kat rumah nuu.. tapi sambal dia mmg masyukk… aku rasa kalau mana2 makhluk tuhan yang ‘die’ nak makan sambal yang pedas tahap 3, bolehla try kat sini.. kalau nak pedas tahap 5, jgn lupa bawak bekal cili api dari rumah… overall aku bagi rating 4/5 la sbb ni first time aku makan ayam penyet kan… btw, aku ni mmg bapakla cerewet kaw..kaw pasal makan…apapun.., kat johor ni bagi aku susah betul la nak cari tmpt makan yg betul2 sedap… aku dah mual betul ngan thai food… ada tak tempat makan best2 yang lain? tlg la share.

  2. Salam. mana pulak abg krew ni ilang dah 5 bulan x update blog? anyway, syar.. byk je tmpt mkn ok kat JB ni.. cuma kena rajin JJCM la. kt blog aku ada la sket2 ckp psal tmpt2 mkn yg aku g kt JB ni. klu rajin, singgah la tgk. mana tau ada tmpt yg ko berkenan nak pegi. klu xde, sorry x dpt den nak nulong! kita bako je!! kah kah kah

  3. ehh salah tulis.. nak tulis 5 minggu. tertulis bulan lak. hehe.. salam bang. sy dah g Odeen.. bes gak. nanti rekemen tmpt2 lain lg yer. macehhh!! (^^,)v

  4. Hmm..jgn lupe try ayam penyet Restoran Bibik..
    pesaing ayam penyet pinang neh..
    kedai sebelah2 jer..
    sambal terbaik..ayam terbaik.. ader keropok lg..
    kalau bertuah dpt layanan dari bibik.. super-friendly..
    tambah2 lagi..kalo dyer da knal.. dpt tmbah mcm2 extra.. 😀

    sebagai student..memang bertuah dpt jumpa restoran yg sihat bersaing harga dn kualiti makanan.. hehe

  5. Salam..
    Terasa terpggil pulak ntuk komen pasal so call the best “nasi ayam penyet” kat jb..

    Pernah juga makan kat restoren pinang ni.. I rank them 2/5 compare to my favorate nasi ayam penyet makan place.. I dare u all to go to taman pasir putih pasir gudang n cari warong “waring warisan kemang” .. Small humble and tiap2 hari penuh hingga terpaksa beratur during lunch time.. Combination sambal n nasi yg balance..

    Anyway try cari makn then compare.. Then u know which is better.. Selamat mencuba 🙂 .. Adios

  6. Datang lah cuba nasi ayam penyet di ZamZam Corner, Tmn Tampoi Utama, deret Affin bank
    Promo nasi ayam penyet rm6.50 jer. Pecal Lele isi tebal juga promo rm 5.50.
    Ada set western food maryland chicken chop + melon juice. Sedap dan murah
    Avoid lunch hour yang busy kalau nak seat. Tutup 10pm, Ahad cuti.

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.