Scene makan bubur malam-malam ini memang banyak di Johor Bahru. Tapi yang paling ‘glamer’ dan popular ialah di Taman Sentosa. Zaman muda remaja dulu-dulu memang rajin la lepak disini sambil menikmati bubur. Masing-masing memperagakan kereta apabila melungsuri laluan yang agak kecil dikawasan itu. Gerai yang dibuka ditepi jalan deretan kedai-kedai di Taman Sentosa memang menjadi tumpuan sehingga ke lewat pagi.

Makan bersama kawan-kawan berbumbung kan langit memang seronok. Gerai ini juga menjadi tumpuan pelbagai bangsa, ada yang datang dengan family, kawan-kawan sepejabat dan macam-macam lagi.

Set biasa yang dihidangkan bersama bubur ialah, kangkung masak belacan, sambal, ikan masin, telur masin dan sambal ikan bilis. Anda juga boleh menambah hidangan seperti kerang rebus, lala, ikan bakar dan lain-lain. Perkhidmatan disini memang pantas dan pembantu semuanya memang ramah mesra. Best.

Nama Gerai : Bubur Nasi Istimewa No. 1
Lokasi : Deretan Gerai Makan, Jalan Sutera, Taman Sentosa

Wajib Order : Bubur Nasi Istimewa No.1 + Kerang Rebus
Waktu Perniagaan : 06:00PM – 02.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 5/5

Kerang Rebus
Kangkung Goreng Belacan
Sambal Ikan Bilis
Telur masin, kacang, jeruk cepoh, ikan masin, sambal
Bubur Nasi Istimewa

Join the Conversation

11 Comments

  1. akhirnya ada jugak entry baru. slalu g makan bubur sentosa ni, mintak lauk asing. biar penuh meja asal x yah share2. lgpon klu pegi ber3, klu lauk campur, kdg2 mcm portion utk 2 org je. hehe. slalu pegi ramai2 pon mmg diorg seme order lauk asing. hahaha kecoh sekejap bila bubur smpi sbb meja penoh. hahahha. tp mmg bes lepak situ (^^,)v

  2. As salam semua.

    Peminat bubur nasi boleh cuba pula signature kami di ‘The Midtowners’ di midtown jalan semarak KL(berdepan bangunan jupem). Bermula pkl 8 mlm – 2pg, setiap hari kecuali Isnin.

    Cari kami di instagram. #midtownsbuburnasi #themidtowners

    Insyaallah, tidak akan mengecewakan.:)

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.