Ada dikalangan kita yang menyukai masakan chinese style. Untuk mencari yang halal akan menambahkan lagi halangan untuk kita mencuba makanan tersebut. Antaranya seperti mee kolok, mee wantan, dan berjenis lagi. Kalau sebut mee wantan di Johor Bahru, pasti gerai di Plaza Angsana yang terdetik dahulu. Sekarang, krew telah jumpa satu lagi makan spot yang menyediakan masakan mee ala chinese style.
Spot ini telah dijumpa oleh adik krew. Nama warung yang dimaksudkan ialah Serambi UDA. Warung ini , juga menyediakan masakan sarapan pagi yang biasa seperti, nasi lemak, lontong, soto, dan bermacam lagi. Tetapi tumpuan utama ialah mee wantan sup dan mee wantan kering. Stall kecil yang diletakkan didalam warung Serambi Uda inilah yang menjadi tumpuan utama. Pagi Ahad, jam 10.30, nasib baik ada lagi ‘belen’ mee wantan kering, selepas krew order, sup wantan sudah habis. 2 container sup yang besar habis. Memang laris. Sampai ada customer yang marah tak dapat-dapat lagi sampai claim, orang yang datang kemudian dari mereka telah dapat order. Gelak kecil sahaja tukang masak sebab dengan lantang dia jawab “Mana ada, kami buat semua ikut turn”.
Krew order Mee Hokkien, sambil adik krew order Mee Wantan Kering. Mee wantan kering memang lazat, sebati rasa kicap, lada sulah didalam mee nya. Kuah sup yang diisi wantan adalah pelengkap kepada hidangan ini. Krew pula menikmati mee hokkien, campuran mee suah dan mee hoon didalam sup dengan fishball, udang dan sayuran. Sambal pula memang enak dan serasi dengan kuah supnya.
Nama Gerai : Serambi Uda
Lokasi : Jalan Padi 2/Jalan Padi 8 (Bertentang Angah D&C)
Wajib Order : Mee Wantan Sup / Mee Wantan Kering / Mee Hokkien
Waktu Perniagaan : 07:00AM – 03.00PM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5
Mee wantan kering sini memang terbaik! Sebulan sekali mesti layan mee wantan sini dengan family untuk breakfast.
dah lama tak makan kat sini…