Otai Steamboat BBQ & Grill yang terletak di Larkin Idaman, baru sahaja beroperasi selama seminggu. Telah mendapat review di Sinar Harian dan mula mendapat perhatian bagi penggemar steamboat bbq & grill sekitar Johor Bahru. Ruang makan open-air menjadi taruhan dan kedudukan restoran yang amat sesuai kerana kurang sibuk dari jalan utama. Ini merupakan +1 kerana suasana menjamu selera menjadi tenang dan aman.
Seperti biasa, kuah didatangkan dengan dua perisa, soup dan tomyam. Krew selalunya memilih tomyam. Pemilihan makanan yang banyak dibahagikan ke 3 seksyen utama. Seksyen pertama, sayur-sayuran seperti cendawan, brokoli, meatballs, fish ball dan fish cake. Seksyen kedua pula ialah daging, ayam dimarinated dengan rempah-rempah yang berlainan. Terdapat juga udang dan ikan di seksyen ini. Seksyen ketiga pula ditempatkan mee dari pelbagai jenis, sos serta sambal dan nasi goreng!
Terdapat juga seksyen air. Banyak pilihan air. 4 jenis. Air suam pun ada.
Kuah tomyam yang dipilih memang pekat, terasa masam dan manisnya. Rempah yang ada pada setiap ayam dan daging memang terasa. Setiap satu terasa bezanya. Krew merasakan inilah tempat steamboat bbq grill yang akan krew datang lagi pada masa hadapan. Sila ke Facebook Fan Page Otai Steamboat BBQ & Grill untuk keterangan lanjut mengenai promosi terbaru mereka.
Sila enjoy gambar yang sempat diambil oleh krew tempoh hari. Enjoice!
Nama Gerai : OTAI Steamboat BBQ & Grill
Lokasi : 17, Jalan Idaman 3, Larkin Idaman, 80350 Johor Bahru, Malaysia
Wajib Order : Mee Wantan Sup / Mee Wantan Kering / Mee Hokkien
Waktu Perniagaan : 06:00PM – 12.00AM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3.5/5
Hi! Nie kira harga buffet ke mcm mana ye? Per head berapa? Tq
Buffet style per head rm18.
mmg lyan, mkn smpi muntah..hahaha
Alacard @ buffet? Harga?
Buffet style. RM18 per person.
Hi shafiq…tak sangka jumpa ko kat sini…haha…Nice job bro. Aku assume ko dah gemuk la skang..sebab asyik makan aje..haha…
ni carik orang ke carik makan ni. haha
Takdelah memang tengah survey tempat nak ajak officemate makan… dah banyak kali nak gi otai steamboat ni, aku mana la suka makan steamboat tapi tengok review mcm nak try lak…..tapi tak berkesempatan lagi… tu yg terkejut ko rupanya mod kat sini eh…bagus ar..kalau ko tahu mana tempat ada makanan pedas2 bagitahu yek…
sedap x kuah sup ng tomyam die ni bro? larkin idaman dekat area larkin ke?
belakang stadium.
ade udang hidup x? ni feveret aku ni. klu ade mlm ni aku serbu.. hehe
udang ada. tapi yang hidup tu pasti, sebab dah beku.
Aku dah gi Otai ni last 2 week ari tu dengan family aku…utk grill tu aku cuma suka udang dengan daging (walaupun daging dah dicincang)dia je…yang kerang2an tu..aku takleh telan..juicy sgt..terlalu terasa ke air lautan nye..lepas tu additional food cam ko ckp tu mee wantan sume takde..yg ada nasi goreng kampung cam aku masak kat umah je..hehe.. in terms of the steamboat thing bolehlah makan..
hai..ada sesape tahu x no tefon otai steamboat ni?…
Aslmkm.saya nak btanya,i wanna celebrate my daughter 6yrs bdae at there,so can provide me bday cake?.