Semenjak Hadramawt Ampang keluar Majalah 3 awal tahun lalu, krew memang memasang azam untuk mencari restoran yang menyediakan arab cuisine di Johor Bahru. Sudah diketahui bahawa Hadramawt memang ada cawangan di Pan Pacific dan Restoran Singgah Selalu. Bulan 5 lepas, krew berpeluang menjamu buat kali pertama masakan arab di Hadramawt Ampang. Memang sedap. Lamb Mandhi dengan nasinya sungguh enak selain mencuba juadah lain.
Pada awal bulan Jun ini krew ada bertanyakan di Facebook JBFoodClub sama ada terdapat lagi restoran selain Hadramawt yang menjual nasi arab. Komen yang diberikan memang memberansangkan. Antara yang dicadangkan ialah Restoran Al Arabi di Taman Universiti. Berderetan dengan Restoran Agus. Memang senang la nak jumpa.
Suasana didalam restoran memang damai. Senyap sunyi, bunyi tukang masak memasak pun tak dengar. Boleh dengar echo. Nasib baik menu yang dihidangkan ada tulisan rumi dan nombor agar senang untuk memesan order. Order utama pada hari tersebut adalah Lamb Mandi with Rice dan Mixed Grill. Cukupla untuk dua orang. Memilih Lamb Mandi kerana baru beberapa minggu lepas menjamah Kabsah Chicken di Shah Alam.
Tempoh menunggu makanan untuk sampai dimeja tidaklah begitu lama. Sebaik sahaja sampai, memang tepat jangkaan krew, hidangan Lamb Mandi sememangnya untuk dua orang. Nasinya agak lembut dan ringan, kambing yang dihidang memang besar, tak larat juga nak habiskan walaupun dua orang. Mixed grill didatangkan dengan daging lembu, ayam dan kambing dipanggang. Terdapat juga roti yang disediakan. Krew memang menyukai mixed girll yang disediakan. Rasa rempah-rempah yang ada pada daging dan ayam memang terasa. Sesuai untuk dimakan sebagai pembuka selera (appetizer).
Agak mengah juga untuk menhabiskan Lamb Mandi dua orang. Krew puas hati dengan hidangan yang disediakan. Mungkin krew akan mencari lagi restoran arab sebegini untuk dapat membezakan masakan arab yang bervariasi. Pengusaha Restoran Al Arabi adalah berasal dari Yaman.
[UPDATE] (14/08/2012) – Telah berpindah di Medan Selara MPJBT Taman Universiti
Nama Gerai : Restoran Al Arabi
Lokasi : Medan Selerea MPJBT Taman Universiti
Wajib Order : Lamb Mandi / Mixed grill
Waktu Perniagaan : 12:00PM – 12.00AM
Food Rating : 3/5
Service Rating : 3.5/5
salam. aritu kitorg try kat PG Art Cafe. ada kt blog. lepas ni nak try pegi Al Arabi ni la pulak.
Salam.
Saya tengah menjejak lokasi-lokasi restoran makanan Arab di Johor ni. Wah, menarik cadangan ni… Kalau ada lokasi-lokasi lain untuk makanan seumpama ini di sekitar JB, share lagi. Emmm… rasanya macam ada sebuah lagi restoren makanan arab kat Taman Universiti ni kan??? Dekat dengan Bank Rakyat! Entah tak ingat namanya… hehehe
Emn.. Saya cadangkan agar semua review/gambar disertakan dgn harga sekali supaya senang sket nk budget =). Harap dapat perhatian. Thanks
Salam..unfortunetly kedai ni dah tutup…ta pasti kenapa dan pindah dimana
salam..
Restoran al arabi telah berpindah ke Medan Selera Taman Universiti, berhadapan dengan Old Town Kopitiam Taman Universiti.
Terima kasih