ParamJB.Com – Photo Blog Param JB Anda.

Assalamualaikum,

Pertama sekali krew ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung JBFoodClub. Semoga ramadhan kali ini akan dapat meningkatkan amalan kita berbanding tahun lepas.

Bersempena dengan ramdhan kali ini, JBFoodClub juga memperkenalkan satu lagi projek makan-makan. Memperkenalkan Param JB – http://paramjb.com

ParamJB ialah satu photo blog dimana penggemar pasar ramadhan sekitar Johor Bahru boleh berkongsi maklumat/makanan/minuman yang menarik. Sungguh mudah, pengguna hanya perlu upload gambar makanan/gerai ke http://paramjb.com/submit dan letakkan maklumat berikut:

Tempat: Pasar Ramadhan yang dilawati
Gerai: Contoh, Apam Balik Setia Menanti
Wajib Beli: Apam Balik Peanut Butter
Harga: RM2.50

Harap dengan adanya ParamJB.Com ini dapat memudahkan penggemar makanan mencari makanan yang diinginkan ketika berbuka puasa nanti.

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.