Misi mencari makanan arab diteruskan lagi oleh pihak krew. Setakat ini memang banyak berpusat di Taman Universiti. Untuk post kali ini juga restoran ini terletak di Taman Universiti berdekatan Al-Ikhsan.
Restoran Pomegrante Garden agak unik sedikit kerana terdapat dua ruang makan. Pertama anda boleh memilih suasana outdoor yang amat sesuai kalau datang pada waktu malam ala-ala romantik gitu. Keduanya ialah indoor seperti biasa set kerusi dan meja, juga terdapat ruang makan yang selesa dimana pengunjung boleh bersila dan bersantai.
Apabila anda sampai sahaja di tempat duduk anda, anda akan dihidangi dengan minuman percuma (air rasa blackcurrant/ribena) sebagai welcome drink dan mendapat roti taftoon. Welcome drink atau appetizer menjadi lumrah kalau anda berkunjung ke mana-mana restoran arab.
Untuk menjamu masakan arab kali ini, krew order Beryani Chicken, Kubideh Lamb (1 skewers) dan Taftoon bread. Menu pertama yang sampai ialah Taftoon Bread yang didatangkan sekali dengan buah zaiton dan cream cheese (ala-ala feta cheese). Kombinasi menarik, walaupun roti agak sedikit keras berbanding roti-roti yang pernah krew rasa sebelum ini. Beryani Chicken pula sampai dan pada pendapat krew, kalau memang lapar, sorang sahaja boleh habiskan nasi ini. Rempah pada beryani agak lain sedikit daripada yang krew makan dan rasa. Manakala nasi beryani pula tidak perlu dibanggakan sangat. Pada hemat krew, beryani shahab lagi power. Tetapi ini berkemungkinan cara memasak beryani bagi setiap negeri di timur tengah berlainan dan mengikut citarasa mereka tersendiri.
Juadah berikutnya ialah Kubideh Lamb. Senang cerita daging kambing yang dipanggang berserta roti, cili hijau sebatang dan coleslaw. Daging kambing yang dipanggan sangat enak, lembut dan macam tak cukup pula amik 1 skewers sahaja. Patut tambah lagi satu.
Boleh dirumuskan Restoran Pomegranate Garden menyediakan ruang makan yang selesa dan hidangan makanan arab yang unik dan mempunyai citarasa tersendiri. Memang sesuai kalau menikmati bersama keluarga tersayang.
Nama Gerai : Pomegranate Garden Restaurant
Lokasi :
Foursquare
Wajib Order : Beryani Chicken / Kubideh Lamb
Waktu Perniagaan : 12:00PM – 12.00AM
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 3.5/5
memang plan nak gi sini tapi ari tu singgah kat al-arabi. next time memang nk kene pegi nih. kalu senang2 tu singgah la yer kat blog saya yg baru buat tentang tempat2 makan di area JB dan lain2 di http://www.blogmakanbest.blogspot.com dan register la sebagai follower sekali yer TQ TQ TQ
hrga mknan bpe yer?
Beryani Ayam – RM20
Kubideh Lamb – RM 15.
bro… rating cm xmemberangsangkn jerk… apesal? nk propose laa food rating ng service rating tu tuka dr per 5 ke per 10… sbb per 5 nmpk skit sgt… kalo 4/5… nmpk dh terlalu bagus laaa… kalo per 10 tu sng nk bahgikn kn…