Sedang berjalan-jalan pada hari Sabtu lepas, krew bersinggah di kawasan Jalan Kuning, Taman Pelangi. Ala bangunan kedai dibelakang Plaza Pelangi tu. Berada disana untuk menyelesaikan sedikit isu tertunggak holiday tour yang lepas. Datang pada jam 2.30, receptionist mengatakan kedai sudah tutup, tetapi masih boleh meneruskan urusniaga dan mereka request unutk krew kembali di office mereka jam 3.00 petang. Tiada masalah.
Masalah yang lain pula ialah, krew amat lapar. Ada setengah jam untuk ‘membunuh masa’. Krew ambil keputusan, akan berhenti dimana-mana kedai yang berderetan yang menjual roti atau sandwich. Sedang menyusur perlahan, ternampak satu kedai di end-lot, yang kedainya mempunyai cogankata ‘freshly baked’. Pasti ini kedai yang harus disinggah. Dapat roti kari ayam, ke tuna spicy jadilah untuk mengalas perut yang berduka lara ini.
Sampai sahaja dikedai, eh? apasal tak ada tray of buns and breads. Dekorasi dalaman kedai agak menyamankan. Dihulurkan menu, rupanya ada menyediakan sandwich ala-ala subway. Tanpa rasa bersalah, krew terus order Mushroom sandwich dan juga Spicy Tuna Sandwich to-go. Preparation yang agak lama, tidak seperti Subway yang agak pantas. Akhirnya menu yang diorder telah siap. Krew duduk santai dalam kereta untuk menikmati juadah sandwich pengalas perut ini.
Krew tidak mengenal jenis roti selain wholemeal, wholegrain dan roti peranchis. Roti yang digunakan untuk sandwich ini amat lembut dan memang mengenyangkan. Roti dibungkus dengan paper bag dan didalam nya sudah tersedia roti sandwich yang dibelah dua. Memang sesuai untuk bite size bagi semua orang. Semua sandwich dalam 6″ size. Terdapat salad, cheese and untuk base. Bagi mushroom, mereka menggunakan shitake dan button mushroom yang di sautee biasa, maybe menggunakan cream bagi menambahkan rasa dan tidak terlampau kering sangat. Unutuk spicy tuna, adunan biasa seperti tuna (duh?), mayonaisse, dan mungkin sedikit paprika untuk menambahkan kepedasan.
Verdict: Kenyang. Memang sesuai untuk dimakan waktu-waktu santai. Must try kalau penggemar sandwich. Selain sandwhich terdapat juga cheesecake, pasta dan bermacam lagi juadah yang disediakan oleh Cheelicious.
Nama Gerai : Pomegranate Garden Restaurant
Alamat : No 55, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi 80400 Johor Bahru
Lokasi :
Foursquare
Telefon: +607 331 5577
Wajib Order : Sandwich / Cheesecake / Pasta / Spaghetti
Waktu Perniagaan : 10.00AM – 10.00PM
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 3.5/5
Halal x?
Terima kasih di atas update terkini.. rasanya dah lama betul krew tak update blog ni.. blog ni ada potensi jadi terkenal kerana tulisan yang bersahaja dan disertakan gambar-gambar yang menarik.
halal x kat sini?
halal.
halal pasal “no pork no lard” ke atau halal jakim