Tujuan utama ialah hendak mencari Nasi Lemak Kombi yang terletak di Setia Tropika. Pusing-pusing takde, tanya member rupanya sudah tutup. Sayang sekali, one of the best nasi lemak krew pernah makan. Asal ada peluang makan, memang krew makan nasi lemak kombi.

OK, barang yang lepas jangan dikenang. Krew menuju kearah Taman Universiti dan selalu melihat van menjual nasi lemak di selekoh berhampiran SPACE UTM. Ramai jugak yang duduk makan disitu. Apa lagi, terus parking (senang tempat parking berlambak). Terdapat juga lauk-lauk lain yang disediakan. Seperti ayam goreng (ala-ala ayan goreng berempah), ayan goreng sambal, paru sambal, hati@pedal sambal, dan ada lebih kurang 6-7 jenis lauk yang lain.

Krew mengambil ayam goreng berempah dan hati@pedal sambal, dan juga satu set lagi, ayam goreng berempah dan paru sambal. Nasi agak lembut dan sambal tumisnya tidak pedas sangat, bolehla kalau budak kecil yang tak kuat makan pedas nak makan. Ayam goreng memang terasa betul rempahnya. Panas juga. Tengok gaya, memang peniaga goreng ayam sikit-sikit agar pengujung akan sentiasa mendapat ayam yang panas. Satu sahaja yang kurang, takde ikan bilis. Hehehe, nasi lemak kene la ada ikan bilis baru best kan. Kan?

Jangan risau, tempat makan disediakan, berkhemah, tidak risau kalau hari hujan. Air pun boleh diorder panas-panas. Tempat basuh tangan pun ada. Cukup sifat semua. Harga untuk dua nasi lemak, 2 ayam goreng rempah, paru sambal dan hati@pedal sambal, air Teh Tarik dan Teh O bersamaan RM16.90.

Nama Gerai : Nasi Lemak ‘U’
Lokasi : Selekoh SPACE UTM

Peta Lokasi Nasi Lemak 'U'

Wajib Order : Nasi Lemak + Ayam Goreng Berempah
Waktu Perniagaan : 7:00PM – 11:00PM (Tutup Hari Sabtu)
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 3.5/5

Lokasi Nasi Lemak 'U'

Order nasi dan pilih lauk

Nasi Lemak + Ayam Goreng Rempah + Hati@Pedal Sambal

Nasi Lemak + Ayam Goreng Rempah + Paru Sambal

Join the Conversation

4 Comments

  1. ade satu nasi lemak best di kulai. tiap hari nak beli kene beratur panjang. nak makan kat situ pun kdg2 susah nak dapat tempat. nama kedai die agak unik iaitu nasi lemak wak kentut. hehehehe….kalau nak cari senang je. dari jb lepas hospital kulai jalan sampai jumpa shell, trafic light pertama, lepas tu traffic light kedua masuk kiri. kedai dia betul2 tepi jln. lambat dtg mmg x dpt nk tolong

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.