First time, bila tengok orang beratur panjang dekat Pasar Tengahari, Jalan Tengah off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, memang kene beli. Uncle Bob Fried Chicken. Itu nama gerai di tapak pasar tengahari. Rupanya memang agak popular uncle bob fried chicken ini.
Balik Johor, terus memulakan pencarian gerai Uncle Bob ni. Tengok website Uncle Bob cuma dilistkan di pasar-pasar malam sahaja. Kemudian ada info mengatakan terdapat di City Square. Berada di tingkat 3 di bahagian Inner City. Anda boleh menikmati dengan dua perisa, Regular serta Hot & Spicy. Ia juga menjual Takoyaki dan free flow drink (bottomless) dengan hanya RM2.
Setelah bertanyakan dimanakah outlet lain selain City Square di Facebook JBFoodClub,berikut adalah senarai outlet Uncle Bob yang boleh anda cari: U-Mall, Sutera Mall, AEON Jaya Jusco Bukit Indah, AEON Jaya Jusco Tebrau City.
Menunya simple, ayam goreng yang dipotong secara ‘fillet’, tanpa tulang, dan tanpa kulit. Di saluti dengan tepung yang amat crispy bila digoreng. Setelah digoreng ianya boleh dipilih samada hendak menambah perisa ‘Hot & Spicy’ ataupun regular sahaja. Kemudian ianya dipotong ‘bite-size’ dan dimasukkan kedalam beg kertas. Boleh dinikmati dengan santai, duduk dimeja ataupun sambil berjalan-jalan.
Harga : RM5.50
Nama Gerai : Uncle Bob Fried Chicken
Lokasi : City Square, U-Mall, Sutera Mall, AEON Jaya Jusco Bukit Indah, AEON Jaya Jusco Tebrau City
Wajib Order : Uncle Bob Fried Chicken
Waktu Perniagaan : 10:00AM – 10:00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5
halal ke uncle bob ni
halal, sila check http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia
saya nak tanya berapa model untok buat uncle bob.
Saya tak pasti, boleh ke http://unclebob.com.my/ untuk hubungi mereka.
UNCLE BOB FRIED CHICKEN coming soon in February 2012!!!!
VENUE : IPOH GARDEN ( Opposite Nasmir Nasi Kandar , Behind Tesco Ipoh)
Special Opening Promotion!!
BUY 1 FREE 1..
.. berminat dan ingin tahu syarat2 detail about cmne nk bermula join dlm biz ni…
wahhh..nak mai ipoh???? leh try
Boleh tak kasi informasi spesifik kat mana gerai/kedai Uncle Bob Fried Chicken ni? Kat tingkat berapa dan kedai apa yang berhampiran, supaya mudah nak cari…
Saya dah puas pusing kat Aeon Bukit Indah tu tapi tak jumpa. Adik saya kebetulan ada kat JB City Square pun tak jumpa jugak. Hampa aje rasanya…
BTW kengkawan, elakkan membeli ayam goreng Uncle Bob kat Summer Cafe. Sutera Mall. owner kedai tu kata ‘non-halal’. Mungkin dia goreng campur ngan benda2 lain kot…
Uncle Bob sekarang dah naik harga. Rm6.00 itu pun di pasar malam. Kalau kat mall lagi mahal.
Ada satu di pasar karat,JB.Lokasi di kawasan sisha yang pasang music. depan pawagam tamil. Harga dia maintain rm5.50.
Yang buat dia lain dari Ayam Uncle Bob, kalau makan di tempat tu, ayam dihidang di atas pinggan. kalau Take-Away baru dalam bag kertas.
Rasa lebih sedap dari Uncle Bob sebab dia ayam dia panas fresh from fryer. Kalau Uncle Bob dia goreng banyak sekali. Boleh jadi ayam dah sejuk.
Just sharing. Terima Kasih
saya dah jumpa ayam goreng uncle bob kat karnival usahawan d pasir gudang. Bratur panjang org nak beli. Mmg sedap ayam uncle bob ni. Smlm saya pergi kat rest singgah selalu masai pun dah ada branch. Orang yg sama jual masa karnival. Harga d karnival dpt RM6 tp kat singgah slalu RM6.50. Takpe yg penting sedap giler.
mana nak cari uncle bob kat area masai or bandar seri alam? anyone ?
Mcm mana sya nak join bisnes uncle bob ne…sya kat area sabah…dan berfikir nak mulakan bisnes uncle bob kat cni…mcmmana ya tentang bahan mentah….bahan lada..
Just nak share & tnya..kalu Uncle Bob kat Aeon Bukit Indah kat sebelah Auntie Anne, saya nak try la berniaga ayam goreng ni tapi bila isi borang kat uncle bob tu x de reply pun..
Boleh bg info..kat jusco tebrau city..tingkat berapa n kedai berhampiran?
Boleh bg pencerahan…mcmna nk join bisnes ni di Parit Raja Batu Pahat, Johor..sy dh isi borang di link Uncle Bob..berapa modal yg di perlukan…
Mcm mn nak buka unclebob ni berape modalnye
Xde stokis uncle bob ke johor??