Anugerah Steak

Dinner

Jom kita cari tempat makan western yang tak offer chicken chop RM5. Hehe. At least tidaklah dihidangkan dengan chicken keel yang disaluti bread crumb sahaja. Ada terperasan satu kedai baharu sahaja dibuka di deretan kedai Jalan Susur TUn Abdul Razak 6. Deretan kedai Kapten Steamboat and Grill.

Anugerah Steak Western Food. Nama restoran diberi. Macam pernah dengar sahaja. Lewat mencari parking nampak ramai pelanggan yang menjamu selera. Memandangkan hari itu hujan dan perut lapar, kami bercadang untuk makan besar sikit. Sikit je.

Kami membuat pesanan, Lamb Chop, Beef Steak, Mushroom Soup with Garlic Bread dan Meatball with Creamy Sauce. Ruang dekor restoran agak minimal. Menggunakan 2 elemen warna iaitu putih, hitam dan pink. I like. Ruang makan terbahagi kepada dua, dan pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera diluar mahupun dibahagian dalam restoran.

Makanan yang dipesan mula sampai satu-persatu. Agak pantas. Beef steak sampai dahulu kemudian mushroom soup, meatball with creamy sauce dan terakhir sekali lamb chop. Seperti biasa, kebanyakan restoran western yang ada di johor bahru ini hanya menyediakan satu jenis gravy sahaja, iaitu black pepper. Kalau ada pilihan rasanya lagi bagus.

Portion yang agak besar, beef dan lamb yang lembut. Black pepper gravy yang sedikit pedas, sedikit sahaja. Mushroom soup biasa-biasa sahaja. Kalau homemade lagi best! dan meatball with creamy sauce. Best. Combination daging dan cream yang lemak-lemak menggiurkan.

Beef Steak + Lamb Chop + Mushroom Soup + Meatball w/ Creamy Sauce + 2 drinks = RM50++

Puas hati.

Nama Gerai : Restoran Anugerah Steak Western Food
Lokasi : No. 18 Jalan Susur Tun Abdul Razak 6, 80200, Johor Bahru. 014-9186407 012-7415101
Wajib Order : Meatball w/ Creamy Sauce, Chicken Chop, Lamb Chop
Waktu Perniagaan : 12:00PM – 12:00AM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Peta Lokasi Anugerah Steak Western Food
Menu
Beef Steak, Lamb Chop, Mushroom Soup
Beef Steak
Mushroom Soup
Garlic Bread
Lamb Chop
Meatball w/ Creamy Sauce
Full Set

6 thoughts on “Anugerah Steak

  1. Hi Admin…saje kebetulan dok surfing dan terjumpa site ni. Senang2 tu jenguk la yer blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik 100% tentang makan, makan dan makan hehe tak de topik lain. Kebanyakan nye dia area JOHOR. Konsep saya komen pasal gerai/restoren/warung yg saya kebetulan singgah ngan famili masa jalan2.
    Dan jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.