Kedai Tom Yam memang berlambak dan ada dimana-mana sahaja kalau di johor bahru ini. Untuk mencari tempat makan masakan thailand yang aman dan tenteram agak sedikit pilihannya. Antaranya Carabou dan Tera-Thai. Kali ini, krew akan membawa pengunjung untuk menikmati review di Tera-Thai.

Tera-Thai terletak di 31 Jalan Abdul Samad. Tak tahu dimana? Kalau dari simpang Thistle, ambil ke kiri dan masuk selekoh Sedap Corner. Konsep restoran ini adalah fine-dine dimana sebuah banglo diubah suai menjadi ruang makan yang elegan dan bercirikan Thailand sepenuhnya. Anda akan disambut oleh makwe-makwe Thai. Silap haribulan, dapat medal bunga dikalungkan kepada anda. Hehe.

Terdapat pelbagai setup meja. Ada meja untuk couple. Meja untuk family dining, ada bilik untuk santai-santai. Anda boleh pilih mana yang berkenan dihati. Menu dalam bahasa Thai, ada description kat bawah dia, jangan takut. Seperti di restoran tom-yam yang lain, krew suka order nasi putih, tom-yam, ikan siakap stim, kailan ikan masin. Hidangan di sini memang bercirikan masakan thai asli. Cukup dengan rasa masam dan manisnya. Krew suka dengan tom yam campurnya. Banyak isi dan kuah rasanya amat unik sekali. Salad udangnya pula manis-manis sos ikan. Udang yang segar memang sesuai dibuat salad. Ikan siakap stim pula dimasak dengan sempurna sekali (lambat sikit). Teringat ikan siakap stim kat Nong & Jimmy.

Peringatan, Tera-Thai ialah sebuah restoran fine dining, maka harga makanannya agak sedikit berbeza dengan restoran diluar sana. Memang sesuai untuk menyambut anniversary, hari lahir dan event yang jarang-jarang disambut setiap minggu. Ingat, peringatan sudah diberi, tetapi percayalah, nilai duit yang anda laburkan memang berbaloi kerana makanan yang dihidangkan memang enak-enak belaka.

Gambar dibawah agak kekuningan, krew tak bawak flash. Harap maaf.

Nama Gerai : Tera-Thai (Facebook Pages)
Lokasi : No. 31 Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor.
Telefon : 07-222 6300

Peta Lokasi Tera Thai

Wajib Order : Everything. Semua.
Waktu Perniagaan : 6:00PM – 12:00AM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Welcome sign
Meja santai, ada kerusi sofa.
nasi
Tom Yam merah
Salad udang pedas
kailan ikan masin
ikan siakap stim
Set hidangan
clear

Join the Conversation

7 Comments

  1. salam..
    2 hari lepas aku secara khususnya nak ke Tera Thai. time tu malam. dgn isteri. dr selekoh jln besar nmpk sign boardnya tp bila masuk bole xjumpa pulak tempatnya. jln agak sunyi. org rumah dah risau. katanya jom la balik, pi tempat lain 🙂 tringin nak pekena tomyam dia. nak banding dgn Absolute Thai..

  2. Bang Atleastcubarasa, if you see the signboard, it’s the first lot on that small street, right behind the signboard. I’m now a member there. Slightly more expensive than the rest, but for the quality and exclusivity (no or less people terjerit2 masa makan), you can’t go wrong with this. Try its Snapper 2 rasa… or Seabass with mango salad. Perrrggghhh.

  3. Masa bulan ramadhan hari tu kami buat majlis berbuka puasa dengan semua family Facility Services. Makanan nya memang sedap2 walaupun harganya memang mahal. Popia dia memang terbaeeeek. Meangkam dia… lazat!! klu letak cili lebih terbakar mulut. Yang paling bestnyer… x habis boleh tapau bawak balik.

Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.