Sudah lama perhatikan George & Dragon Cafe ini. Kalau sesiapa selalu menggunakan jalan tasek untuk laluan kerja ataupun mahu pergi bandar, memang tidak akan terlepas pandang restoran ini. Teringin juga makan steak tebal 2 inchi selain dari pada TGI Fridays.
Akhirnya berkesempatan juga krew menyinggah ke cafe ini. Ruang dalaman direka khas dengan tema zaman medieval english, dengan perisai-perisai tembaga, lembing zaman bila entah, suit armor besi khas, dan macam-macam lagi. Terdapat dua ruang makan yang disediakan, di dalam dan di luar. Termasuk yang ini, sudah 3 kali krew ke sini.
Krew kali ini order, Potato skins with cheese sebagai appetizers. Kulit kentang yang ditinggalkan sedikit isinya diisi dengan cheese dan dibakar. Memang sesuai untuk pembuka selera. Menu Combo Dishes adalah yang paling sesuai untuk pengunjung yang baru pertama kali ingin mencuba masakan steak or grilles tapi dapat mencuba pelbagai jenis meat cut, seperti sirloin, rib eyes, lamb, dan juga ayam. Krew memilih Grilled Black Pepper Sirloin Steak (RM48) & Mushroom Chicken, Baked Chicke & Sliced Roast Lamb (RM42), Sirloin Steak (RM48). Terdapat juga promo pada setiap bulan. Ketika ini promonya ialah Beef Back Ribs in Special Green Peppercorn Sauce + Dessert (Scoop of Strawberry Ice Cream) (RM48). Untuk si kecil, spaghetti ala carbornara. Boleh dikatakan steak di george & dragon cafe ini antara yang sedap krew pernah rasa di johor bahru ini. Kalau ada pengunjung blog jbfoodclub boleh rekemen tempat lain, krew akan cuba.
Nama Gerai : George & Dragon Cafe (Website). Facebook Pages
Lokasi : No. 1 & 3, Jalan Glacier, Taman Tasek, 80200, Johor Bahru, Johor
Telefon : 07-2323761
Wajib Order : Beef Back Ribs. Combo Dishes. Soft Shell Crab(Promo only)
Waktu Perniagaan : 12:00PM – 11:30AM (Mon – Sun)
Food Rating : 4.8/5
Service Rating : 4/5
halal ke restoren ni?
makanan kat sini halal tak?
halal ker bro? klu tak silap ada serve arak kan?
konsep sama macam TGI Fridays, Tony Romma’s ngan Chilli’s.
Hi Admin/SHAFIQ MUSTAPA…..senang2 tu jenguk la yer blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com kat sini saya pun ada review beberapa restoren2 di area JB. Semoga di jadikan rujukan bersama. Promote la yer blog saya kat JB Foodclub ni sebab konsep nye sama. Banyak lagi tempat2 saya pegi dengan famili tapi tak de masa nak upload gambar2 dari kamera ke blog hehe….nanti saya cuba masukkan semua
Makanan sini halalan toyyiban ke? harap dijawab..