Sejak kebelakangan ini, scene burger bakar makin meletup-letup di sekitar Kuala Lumpur. Dan tempiasnya sudah mula sampai di sekitar Johor Bahru. Biar pun sudah beberapa tempat telah dikenalpasti menjual burger bakar, krew hanya berkesempatan untuk singgah di gerai burger bakar di Taman Impian Emas.
Gerai burger bakar ini ialah sebuah stall burger yang beroperasi di Restoren Bumbu Kampung, Taman Impian Emas. Gerai ini mula beroperasi sekitar bulan April 2012 dan self claim sebagai gerai burger bakar pertama di Johor Bahru. Lokasi gerai ini amat mudah dicari kerana ia berada corner lot Jalan Impian Emas 3/1 dan ada bunting yang mudah dilihat.
Ini pertama kali krew merasa burger bakar walaupun dah beberapa kali turun naik Kuala Lumpur dan tiada lagi kesempatan untuk membelinya. Apa yang krew bayangkan ialah seperti homemade burger yang dimakan oleh Adam Richman, host Man VS Food dalam siri tv kendaliannya.
Daging burger (beef patties) ini adalah homemade, maka saiznya agak besar, tebal dan berdaging berbanding burger konvensional. Ia dibakar menggunakan pemanggang berkuasa arang sebagai bahan api. Some people say, Grill is better with the smell of charcoal. Presentationnya agak menarik. Ia menggunakan lettuce berbanding kobis, satu ciri burger barat yang dikekalkan. Dan sayur-sayur burger Malaysia yang lain seperti tomato, timun dan bawang merah. Burger ini didatangkan khas sekaligus dengan keju. Di gerai ini, hanya terdapat 2 menu sahaja ; Burger daging (RM5.50) dan burger special daging (RM6.50).
Pertama kali krew gigit burger tu, perasaan wow mula terasa. Homemade beef patties ini penuh dengan perasaan. Cukup rempah, cukup rasa, cukup sedap. Jika nasib anda baik, daging yang dimasak tidak terlalu kering, jus-jus daging itu akan meleleh. Kalau terlalu kering, anda akan terasa macam makan kertas berperisa daging. Cakap dekat abang tu, anda nak half done. Gerenti best. Dan alangkah sedapnya jika brader burger ini menggunakan sos yang berkualiti kerana sos cili yang digunakan terlalu masam. Heh. Akan datang, harap brager ini akan jual burger ayam pula. Kasihan pada pembeli yang berbangsa India.
Sekitar jam 6.30pm, stall ini dah mula beroperasi. Dan kalau tak mahu beratur panjang, sila datang seawal ini. Dengar kata, waktu malam jualan berganda dan kena beratur panjang. Anda dinasihatkan untuk tidak datang pada hari Selasa kerana jalan dihadapan restoren ada pasar malam. Susah cari parking. Datang hari lain.
Nama Gerai : Burger Bakar Taman Impian Emas
Lokasi : Jalan Impian Emas 3 (Restoren Bumbu Kampung), Johor Bahru, Johor (Foursquare)
Wajib Order : Burger Bakar, Burger Bakar Spesial
Waktu Perniagaan : 5.00PM till late
Food rating : 3.5/5
Service rating : 4/5
Artikel ini ditulis oleh saudara Fikri Kacak (Fikri Kacak)
Gambar instagram dicilok dari sirdieehfus sirdieehfus
Review Terbaik Bro…dah lama wa ngidam.Akhirnya..sampai jua ke JB…yahoo…malam ni bleh melantak ekekek
try plak rs burge bakar di bukit indah
btol2 dpan giant bukit indah…..
rs nye yg di bukit indah ni
power jgek…..
norah..area mn?blh bgtau kalo dr jusco bkt indh?
Hi Admin…kebetulan dok surfing dan terjumpa site menarik ni. Senang2 tu jenguk la yer blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik 100% tentang makan, makan dan makan hehe tak de topik lain. Kebanyakan nye dia area JOHOR.
Konsep blog saya senang je hanya komen pasal gerai/restoren/warung yg saya kebetulan singgah ngan famili masa jalan2…gambar2 upload pun banyak (penat dok snap snap dan buat muka selamba je hehe) so bolih tengok macam mana keadaan restoren nye serta hidangan2 secara dekat dan clear.
Dan jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ
ros for ur info from jusco klr ke jalan skudai till u meet fly over tmn tun aminah u-turn balik keep left b4 tmpt jual kete turn left tmn impian emas trs till u nmpk sek dpn skt baru turn left lg deret kedai2 mkn..
Dah makan kt sini tapi rasanya burger yang kat taman munsyi memang terbaekkk
burger bakar kat area Tmn Bukit Dahlis Pair Gudang (Depan restoran Sri Krung Theep)
sedap jugak…pi la try…
ops, TMN BUKIT *DAHLIA*
Burger ni Pakai SoS Cili yang Murah.. Dari Colour kita dah boleh agak … Mesti Kurang Sdap… Nak Sedap kene pakai swis bear atau Life.. baru mantop!!