Sejak kru mula bekerja di sekitar kawasan Skudai, banyak lagi gerai makanan yang kru berjelajah. Restoren bukan pilihan utama kru. Gerai pun cukup memadai. Cukup asalkan kenyang dan kena dengan harganya.
Hari ini kru nak kenalkan satu gerai di Medan Selera MPJBT Taman Universiti yang menyediakan hidangan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Scene nasi kukus di Johor Bahru masih lagi tak begitu popular sebagai hidangan tengahari. Ramai peniaga cuma berniaga di pasar malam. Dikatakan, scene nasi kukus ini berasal dari pantai timur. Dibawakan ke selatan oleh penduduk pantai timur yang mencari rezeki di sini. Scene nasi kukus tak sepopular nasi kerabu atau nasi dagang. Mungkin kerana hidangannya yang simple. Kru bersyukur dengan adanya gerai ini. Setidak-tidaknya dalam waktu lunch yang pendek, selain menu nasi ayam dan nasi ayam penyet yang mudah disediakan, gerai ini menyediakan alternatif.
Gerai ini mudah dilihat dari tengah jalan kerana ada banner yang digantungkan di sebuah khemah 10 kaki x 10 kaki yang agak usang. Nasi kukus ini dimasak dalam sebuah acuan aluminium berbentuk cawan berdiameter lebih kurang 4 inci, di dalam sebuah pengukus saiz besar. Kiranya satu acuan untuk satu hidangan. Tak boleh minta nasi tambah atau nasi separuh. Dan semua disediakan untuk take away (dibungkus dalam brown paper) sahaja.
Lauknya simple. Nasi dicurahkan kuah gulai (atau boleh minta diasingkan) , sambal belacan dan acar timun. Ayam goreng berempah digoreng di situ juga. Anda akan dapat ayam yang betul-betul panas. Potongan juga agak besar. Ayam boleh pilih dan sebagai finishing, kerak rempah akan ditabur di atas nasi sebelum dibungkus. Nah, simple bukan? Tapi dengan harga RM5.00 anda akan dapat satu set hidangan yang panas. Jika anda bernasib baik, burung puyuh goreng berempah turut dijadikan lauk sampingan selain ayam dengan harga RM6.00 sebungkus (1 ekor).
Beberapa peringatan bagi yang pertama kali dan yang planning nak datang. Gerai tutup pada hari Isnin, semua gerai di Medan Selera itu. Sabtu / Ahad tak berapa pasti. Gerai biasa akan siap setting dalam jam 12pm lebih. Dan kalau datang dalam jam 1pm lebih, kemungkinan untuk anda tunggu lama adalah tinggi. Biasa orang akan tapau 3 – 6 bungkus sekali order. Dengan permintaan yang tinggi, ayam akan cepat habis dan anda kena tunggu ayam siap masak. Sekali goreng, boleh siap dalam 8-10 ketul. So, do the math. Dan anda akan jadi lebih malang bila nasi habis dan nasi akan ambil masa lebih sedikit untuk siap kukus. Amboi, detail sungguh.
Anda bosan dengan hidangan nasi ayam penyet yang banyak dijual seperti cendawan tumbuh selepas hujan? Saya rekemenkan anda cuba hidangan ini.
Lokasi : Medan Selera Taman Universiti
Nama Kedai : KB Delight
Wajib Order : Nasi Kukus Ayam Berempah (Of course)
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3/5