Berikutan daripada post, baru krew perasan rupanya banyak juga restoran/hotel yang menyediakan perkhidmatan buffet sempena ramadhan ini disekitar Johor Bahru khususnya. Rata-rata bayaran paling murah adalah dalam RM30, bayaran yang moderate adalam RM60, dan paling mahal sekali dalam RM70.

Dalam banyak-banyak senarai tersebut, krew mengambil keputusan untuk mencuba buffet ramdahan yang disediakan oleh Johor Golf Country Club. Mungkin sebabnya ianya sebuah gold club yang berprestij dan tempat yang selesa, tetapi menyediakan juadah berbuka dengan kadar yang agak murah, RM28++ untuk dewasa dan RM14++ untuk kanak-kanak berumur 5 tahun keatas. Dengan kadara RM28 dan tempat yang selesa, sememangnya ianya pilihan yang tepat untuk berbuka puasa.

Johor Gold Country Club (JGCC) menyediakan masakan kampung, dan chinese style. Ruang terdapat 3 ruang makan untuk menjamu selera, di dalam lounge, di tepi kolam renang, dan diruang sebelah green tee-off. Terdapat dua island utama buffet spread, yang pertama menyediakan juadah utama, dan yang kedua menyediakan kuih-muih untuk pembuka selera, buah-buahan untuk desserts dan rojak petis ala carte, serta bubur cha-cha.

Antara masakan kampung dan chinese style yang disediakan ialah, ikan cencaru bakar, ikan selar masak berlado, daging masak black pepper, udang masak lemak bercili, ayam goreng, ikan(dory) goreng tepung (ala fish and chip style), ayam masak gulai (awesome!), ikan tenggiri masak lemak cili, mee goreng, kuey tiaw goreng, 3 jenis nugget untuk kanak-kanak, 3 jenis sayuran dan bermacam – macam lagi.

Minuman pula ada 3 jenis, fruit punch, bandung atau orange sirap, soya panas, nak sejuk, ais juga disediakan. Teh O, dan Kopi O sudah tentu juga disediakan.

Masakan kampung yang disediakan semuanya terasa. Cukup dengan rempah ratus dan masam manisnya. Memang sesuai untuk segenap lapisan, kanak-kanak pun boleh enjoy. Walaupun hidangan cepat habis (maklumlah, orang kan ramai), pihak JGCC cepat menggantikan dengan menu yang sama dan kadangkala menu yang baru juga. Syabas!

Pembayaran boleh dibuat secara tunai ataupun kredit kad. Ruang solat juga disediakan. Oh ya, buffet ramadhan ini diselia-selenggara oleh Restoran Singgah Selalu.

Tips 1 : Buat tempahan awal, hari bekerja untuk elakkan kehampaan. Hujung minggu agak penuh.
Tips 2 : Jangan makan nasi, makan sahaja lauk-pauk yang disediakan, barulah boleh maksima RM28++ tu.

Island Rojak dan Kuih – Muih
Ruang Makan
Antara juadah yang disediakan
Antara juadah yang disediakan
Kuih Muih
Rojak
Ruang makan tepi kolam renang
Antara juadah yang disediakan
Sikit je makan
First round
Second round

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.