Sorry, kalau title post kali ini agak kasar sedikit bunyinya. Tetapi itulah nama gelaran yang diberi kepada sebuah gerai nasi lemak di Kulai. Pada mulanya mendengar akan nama gerai ini, agak skeptical sikit, tapi bila dengar review dari rakan-rakan yang lain, memang patut dicuba.

Sekarang kan musim peniaga berniaga nasi lemak menggunakan van dan ‘melabuhkan’ perniagaan mereka di tempat letak kereta hampir di mana-mana sahaja kalau ada ‘port’ baik. Senyap dan sunyi sambil makan nasi lemak van berbumbungkan langit. ‘Business Model’ nya hampir sama, nasi lemak default, ayam goreng rempah, dan pelbagai jenis lauk-pauk seperti, hati ayam sambal, paru sambal, sayur-sayuran, rendang daging, rendang ayam, rendang kambing dan macam-macam lagi. Memang kadang-kadang tu confuse sikit nak makan, nak makan nasi lemak ke nak makan lauk-pauk yang banyak jenis tu.

Nasi Lemak Wak Kentut memang simple sahaja. Nasi Lemak, Ayam Goreng. Itu sahaja. Terletak di Bandar Kulaijaya, berderetan dengan Public Bank, ianya dibuka lewat petang hingga ke malam. Pada malam-malam terakhir ramadan tahun ini, selepas bershopping di JPO, akhirnya mengambil kesempatan berada di bandar Kulaijaya untuk mencuba nasi lemak ini. Kalau exit dari JPO tu, traffic light Indahpura susur ke kiri dan teruskan perjalanan hingga ke bandar, nampak Public Bank, ambil ke kiri dan masuk di traffic light, kedainya di kiri anda. Parking agak mudah. Cari sahaja mana-mana parking yang available.

Pukul 11 malam, masih ramai orang. Memang inilah tempatnya, tidak sangsi lagi (*macam iklan tak bunyi nya). Sampai sahaja, cari tempat duduk, terus pelayan datang untuk mengambil order. Simple sahaja bunyi order nya?

Pelayan : “Bang, makan berapa? Ayam goreng nak berapa? Air apa?
Krew : “Nasi lemak dua, ayam goreng 3, air teh o ais dua”
Pelayan: “*repeat order. OK!”

Tak sampai 3 minit dah sampai makanan, nasi lemak dua pinggan, sambal asing, ayam goreng ala-ala kfc, siap dipotong-potong, air. Nasi lemak nya memang lembut, berlemak dan sedap. Ya, sedap, macam masakan dirumah. Ayam goreng pula, rangup diluar dan lembut didalam, dipotong-potong bagi memudahkan untuk dicebis-cebis ketika makan. Orang kata, hero makanan ini ialah ayamnya. Digoreng ala-ala KFC style or macam pasar malam punye. Ok la, not bad. Sambalnya pula agak kurang menyerlah pada hemat krew, mungkin kurang rasa pedasnya kerana terasa kemanisan menyerlah sangat. Itu hanya pendapat krew, mungkin ada yang menggemari style sambal sebegini. Tetapi overall memang champion. Makan malam or supper yang simple, tak pening-pening nak pilih lauk-pauk. Kita pun rileks sahaja, dan ada orang ambil order. Paling champion ialah harganya. Serius murah. Kesemua makanan diatas, hanya RM12 sahaja. Kalau tempat lain, makan dua orang nasi lemak lauk-pauk mahu jejak ke RM20.

So mari menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah

Nama Gerai : Nasi Lemak Wak Kentut
Lokasi : Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor (Foursquare)

Wajib Order : Nasi Lemak dan Ayam Goreng
Waktu Perniagaan : 5.00PM till late (Ahad tutup)
Food rating : 4.8/5
Service rating : 4.9/5

Join the Conversation

5 Comments

Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.