Kalau ada yang perasan, Burger Bakar No 1 pernah mengiklankan produk mereka disini. Mesti perasan punya.
Scene burger bakar memang tengah top kat Johor Bahru sekarang. Bila ianya nak stop? Tak pasti. Selagi ada permintaan, selagi itu terdapat gerai-gerai burger yang baru muncul di tepi-tepi jalan. Ataupun gerai burger lama yang diupgrade ke kiosk burger bakar.
Burger Bakar No. 1 memulakan perniagaannya di Bukit Indah. Berhadapan dengan Giant Bukit Indah bersebelahan selekoh bank HSBC. Menawarkan burger daging dan buger ayam, patty saiznya agak besar. Dibakar diatas pemanggang menggunakan arang, patty yang telah dipanggang sempurna diletakkan kepingan cheese diatasnya sehingga ianya cair bak menyelimuti patty itu sebelum direndam didalam sos bbq yang unik. Bun burger juga dipanggang.
Krew mencuba kedua-duanya, burger ayam dan daging. Menarik. Terasa sos bbq yang unik seperti meresap penuh dalam patty. Daging lembu yang dibakar agak well done, terasa kegaringan diluar tetapi lembut didalam. Burger ayamnya pula perfect.
Burger Bakar juga menawarkan konsep rangkainiaga (franchise). Sehingga kini dalam pengamatan krew, terdapat lagi dua kiosk Burger Bakar No. 1. Cawangan yang pertama di Taman Universiti berhadapan Al-Ikhsan dan yang kedua terletak di Bandar Baru Uda berhadapam bank AmBank yang berderetan dengan Abah Beryani House. Ingin memulakan perniagaan burger bakar tanpa pening kepala bolehlah menghubungi Burger Bakar No 1 di facebook mereka
Lokasi :
1.Berhadapan Giant Bukit Indah
2. Berhadapan Al-Ikhsan Taman Universiti
3. Berhadapan AmBank Bandar Baru UDA
4. Setia Tropika
5. Bandar Indahpura
6. Johor Jaya
7. Seri Alam
Nama Kedai : Burger Bakar No. 1
Wajib Order : Buger Bakar Ayam dan Daging
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3/5
Assalamualaikum,
Saya nak kongsikan satu tempat burger yang sedap.
Matta Burger Lele, Kampung Melayu
– Berdekatan dengan Masjid Jamek Kampung Melayu.
– Bersebelahan dengan kedai jual kereta terpakai.
Kedai nya buka 7pm – 4am