Bila bukan musim majlis perkahwinan, kadang-kadang tekak teringin merasa nasi briyani. Sebelum ini pernah mencuba Nasi Briyani Shahab yang sekarang bertambah cawangannya. Sedang berjalan-jalan pada hari Ahad tanpa arah tujuan (2013) di kawasan Bukit Indah, ternampak sign board ‘Nasi Briyani King’. Agak lengang (baca: tiada orang), tapi pernah juga terdengar dari mulut rakan-rakan yang terdapat nasi briyani yang agak terkenal di kawasan Taman Perling dan mungkin inilah tempatnya.

Sampai sahaja krew terus order Nasi Briyani King (Ayam Masak Merah + Kambing Masak Briyani) dan Nasi Briyani Ayam. Nasi briyani agak kering dan berderai serta fluffy, bukan jenis kegemaran krew, yang sukakan jenis yang agak berminyak sedikit. Tetapi briyani ayamnya sangat mantap. Ayam yang digoreng terlebih dahulu (kesukaan) kemudian di masak dengan lauk briyani. Kambing briyani juga memang mantap.

Ayam masak merah tidak terlalu pedas dan menarik. Pada harga yang pada krew sesuai dengan portion yang banyak, berbaloi dengan bermodalkan RM8 untuk briyani ayam dan lembu. RM10 untuk briyani kambing dan RM15 untun Nasi Briyani King.

Nama Gerai : Nasi Briyani King
Lokasi : Jalan Rawa, Taman Perling (Google Maps)
Wajib Order : Nasi Briyani King
Waktu Perniagaan : 11:00 AM – 6:00 PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.