Pada ramadhan yang lalu, krew cuba mencari tempat untuk berbuka puasa. Memula nak pergi makan dekat madamosille. Sampai2 tutup. Rasanya sampai sekarang tutup. Kemudian call Nonis Restaurant di Senibong, full katanya. Try pula NOY Kampung Danga, hampa juga. Yelah salah sendiri. Pukul 5 baru nak cari tempat berbuka. Akhirnya kami setel di Drop Off Cafe Industry.

Kalau anda dari Kempas menghala ke Larkin atau sebaliknya, anda akan nampak satu tapak dengan kontena yang pelbagai saiz berwarna kuning dan hitam. Agak luas dan bijak pengusaha ini memilih lokasi. Kami datang agak awal dalam jam 6.15 petang dan decide untuk mengambil order terlebih dahulu. 

Kami memilih Fettucini ala carbonara, Pasta Aglio Olio, Buffalo wings, mashed potato, dan Nasi Goreng Kampung Gearbox sebagai juadah berbuka puasa. Jam menghampiri waktu berbuka puasa, tapi masih belum ada juadah diatas meja. Mungkin order terlalu banyak dan membuatkan kitchen sesak. Jam 7.30pm baru juadah kami sampai satu persatu. 

Sebagai starter, buffalo wings sangat menarik, crispy dan pedas-pedas manis. Anak-anak pun suka. Paling the bomb buat masa ini ialah mashed potato dia dengan gravy yang sangat pawe! Berebut sudu dan patutnya order 2 dari mula. Kah!. Tapi memandangkan nak tunggu order lagi ada baiknya tak payah order. Kemudian, sampai pasta aglio olio. Semasa order minta sangat pedas tapi tak berapa pedas mengikut palet lidah krew. Minyak udangnya terlalu banyak dan menghilangkan rasa pedas yang diminta. Overall ok. Kemudian sampai spaghetti carbonara. Sekejap. Dalam menu tulis fettucini tapi yang sampai spaghetti, nak tukar nanti lambat pula, so kami makan sahaja. Kuahnya biasa-biasa sahaja, bak kata orang jawa, nothing to shout about. Terakhir, nasi goreng kampung gearbox. Mungkin inilah highlightnya. Nasi goreng kampung tak pedas sangat dan gearbox tak terlalu besar. Gearboxnya dibakar/dipanggang bukannya direbus. Portion agak sedikit tapi mengenyangkan.

Selain menghidangkan juadah fusion, terdapat juga perkhidmatan carwash dan gunting rambut. Konsep yang bagus untuk menempatkan pelbagai perkhidmatan dalam satu tempat.

Nama Gerai : Drop Off Industry
Lokasi : No 2928 Jalan Kempas Baru (Instagram)
Wajib Order : Nasi Goreng Kampung Gearbox, Buffalo Wings
Waktu Perniagaan : 6.00 PM – till late
Telefon : +601121696857
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3.5/5

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.