Berikut adalah review krew bagi ARISSTO RM1 Coffee Machine Plan.
Sedang krew scroll facebook dekat phone sambil tunggu anak-anak bersiap, terjumpa satu ‘Sponsored Post’ dari ARISSTO Coffee. Ya, semakin meningkat umur semakin kompleks hobinya. Minat terhadap kopi bukan sekadar minum sahaja. Mula-mula belajar tentang biji kopi, yang mana Arabica yang mana Robusta. Kemudian tengok biji kopi di roast depan mata dengan machine hampir RM70,000 di Taman Pelangi. Pastu tengok espresso machine kat Harvey Norman dan Lazada. Kahkahkah.
Ok berbalik pada ARISSTO ni. Post nya lebih kurang berbunyi begini. ‘Get this coffee machiine for only RM1 per month’. Manalah nak percaya kan? Terus komen, ‘bedek ahh…’. Pastu turn krew masuk toilet pula untuk mandi. Lepas mandi, berbunyi Messenger menerangkan macam mana nak dapatkan deal ni. Nampak gaya tiada unsur scam, dan terus di redirect ke website untuk pre-registration. Isi dan baca terms and condition nya dan submit. Ada disclaimer di situ. Kepala kata, why not cuba. Kerugian bulanan pun kecil sahaja. Selang 2 hari, mendapat call dari ARISSTO untuk berjumpa. Wah. Dia kata nak demo coffee machine ni. Aku tanya la balik, mana nak jumpa? “Saya pergi rumah Encik saja loh, coffee machine ni pun kecik sahaja”. Set.
Jumaat pun tiba, Foong, dari ARISSTO membuat demo bagaimana nak guna ARRISTO coffe machine ni. Coffee machine dia lebih kurang macam line Nespresso juga. Terdapat lebih kurang 8 capsules yang ARISSTO tawarkan dengan harga yang berpatutan. Antaranya AMICO, LUNA,SUNRISE, LONELY, PASSION, IN LOVE, CHOCO, MILK. Untuk membuat Espresso, hanya kapsul LUNA sahaja diperlukan, bagi latte, campuran kapsul SUNRISE dan MILK diperlukan. Banyak lagi kombinasi yang ada dalam manual yang disediakan. Macam buku resipi kalau kita bile butter kat supermarket. Foong menawarkan krew Passion, agak mild tapi kurang kick. Terdapat hanya 2 butang, satu untuk espresso dan satu untuk full cup dalam 200ml. Selepas Passion, Foong membancuh Choco pula. Fuhh… memang rasa coklat mahal. Foong memberi satu capsule Amico yang katanya paling sesuai untuk dibuat latte.
Jika sesiapa berminat, sila isikan form ini terlebih dahulu https://arissto.com/my/rm1-coffeemachine-pre-registration-form/ . Pihak ARRISTO akan menghubungi anda untuk tujuan demo dan sesi penerangan tentang sewaan coffee machine tersebut. Selamat mencuba dan selamat mengopi.
* Ini bukannya paid review