Asam Pedas memang sinonim dengan makanan orang Johor. Hampir merata restoran di Johor banyak meneydiakan asam pedas sebagai tarikan utama untuk para pelanggan. Asam pedas stail Johor perlu pekat kuahnya, pedas, ada daun kesom, kadang-kadang nak tambah pedas tu ada tambah lada hitam. Asam Pedas Kampung Sungai Melayu memang ada ciri-ciri yang telah di sebutkan tadi.

Terletak di Kampung Sungai Melayu, khabarnya pernah berlaku kebakaran pada 31 Mei 2017. Ianya kembali beroperasi setelah beberapa bulan tutup. Restoran ini terletak di jeti dan berhampiran dengan tumpuan orang ramai seperti Dewan Serbaguna, serta pasar kecil yang menawarkan produk tempatan seperti isi kupang, belacan, udang geragau/popai dan pelbagai jenis kerepek.

Terdapat 3 jenis pilihan ikan, ikan sembilang, ikan merah dan ikan siakap. Ikannya sangat fresh. Terdapat juga menu-menu lain seperti udang goreng, udang masak butter, sotong goreng tepung, kupang masak halia atau kupang masak sambal, sayuran seperti taugeh goreng air, kailan dan kangkung.

Krew memilih ikan merah dan ikan sembilang. Sampai sahaja semua order, benda pertama krew buat ialah menghirup kuah asam pedasnya. Fuh, cukup rempahnya dan pedas tidak keterlaluan sangat. Ikan merah sangat fresh dan memamng mesra dengan kuah asam pedas. Ada kimia gitu. Udang goreng butter nya biasa-biasa sahaja. Sotong goreng tepung boleh dikatakan macam jemput-jemput sotong. Kupang masak sambal pula merupakan dish kedua terbaik selepas asam pedas, tidak pedas dan ada rasa manis-manis halia.

Keseluruhannya memang terbaik. Krew telah pergi lebih 10 kali dalam masa 6 bulan sejak pergi pada tahun 2017. Kesemua kawan-kawan dan famili yang krew ajak makan disini, kesemuanya berpuas hati dengan asam pedas Kampung Sungai Melayu ini. Memang Pawe!

Nama Gerai : Restoran Sri Pantai
Lokasi : Kanmpung Sungai Melayu, 79100 Iskandar Puteri (Waze)
Wajib Order : Asam Pedas, Kupang Masak Sambal
Waktu Perniagaan : 11.00AM – 11.00PM
Telefon : +60199912856
Food Rating : 4.8/5
Service Rating : 4/5

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.