Ok. Ini kategori baru. Nama kategori baru ini kita panggil ‘Jalan – Jalan’. Dalam kategori ini Kita akan review kedai makanan luar daerah dan negeri yang sempat krew singgah semasa bercuti atau berjalan-jalan sekitar Johor.

Untuk yang pertama seumpamanya dalam kategori ini krew sempat singgah di Kluang masa berjalan-jalan mencari phone. Restoran ini agak jaub dari bandar Kluang kerana ia perlu masuk ke taman-taman, tapi takdelah jauh sangat.

Terletak di Taman Sri Kluang. Kluang Western Cafe berletak di deretan rumah kedai. Hanya berbekal rekemen dari sepupu, ‘mee goreng dia pun dah sedap’, itulab order pertama sekali apabila dapat tempat duduk.

Order lain pula, Mac & Cheese Meatball, Mix Grilled, Samyang Mee with Deep Fried Chicken Chop dan Spaghetti Aglio Olio Seafood.

Penanda aras kesedapan restoran ini adalah Mee Goreng. Memang krew berada di Jalan yang benar (adakan Jalan Benar di Kluang?, kalau ada sila komen di ruangan komen). Memang sedap. Di goreng agak basah, cukup rasa pedas dan lengkap pallette rasa. Didatangkan dengan keropok udang ala keropok moni.

Mac & Cheese Meatball untuk anak krew dan suapan pertama dah di tepuk meja dan kepala dongak keatas yang memparodikan tingkah Wong Nai. Samyang Mee yang diketahui kepedasannya di tambah dengan chicken chop yang enak.

Spaghetti Aglio Olio yang simple tapi banyak rencahnya, kalau pedas lagi sikit memang sesuai dengan krew. Mix Grilled, 2 lamb shoulder, 1 chicken chop dan 1 steak sirloin. Memang pandai chef ni masak, semuanya dagingnya lembut aras medium well. Memang kena dengan gravy black pepper nya. Pawe!

Nama Gerai : Kluang Western Cafe
Lokasi :
1: No 171 , Jalan 1, Taman Sri Kluang. (Waze)
2 :No 30 Jalan Cengkih, Taman Makmur. (Waze)
Wajib Order : Mee Goreng, Ultimate Mix Grill
Waktu Perniagaan : 11.00AM – 11.00PM
Telefon : +60137516547
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.