Rupanya ada Nasi Arab yang power dekat Gelang Patah ni. Nama warung ni Seth Ahmad Yassir Nasi Arab. Memang agak kecil dan susah nak jumps Dan selalunya terlepas kerana warung ini terletak betul-betul di tepi jalan.
Backstory kepada mulanya merasa Nasi Arab Mandy hang power ini ialah pada Syawal lepas. Menerima jemputan dari kenalan yang menjamu hidangan ini sebagai hidangan utama. Terus rasa Tak malu Dan tanya, “order ngan siapa Nasi Arab Ni, sedap gilerr”. Nota bertukar tangan. Nombor telefon dan owner kedai ada dalam genggaman.
Fast-forward, September lepas berpeluang sekeluarga untuk makan Nasi Arab Mandy ini. Whatsapp owner direct dan tanya buka atau tidak kedai, terus diberinya lokasi.
Set hidangan tidak banyak, ada Nasi Arab Mandy Ayam, Kambing, Shawarma Ayam, dan Ayam Panggang. Krew order Nasi Arab Mandy Ayam dan Kambing serta Shawarma Ayam. Nasinya lembut, fluffy, ringan dan cair dimulut. Kambing pula, aduh… lembut, tidak ada bau kambing, rempah yang meresap dalam rebusan kambing ni memang power. Ayam pula warna kuning keemasan, di panggang dengan penuh kasih sayang, asap dari panggangngan ada sikit-sikit terasa di hujung lidah. Memang sedap.
Shawarma ayam dia tidak ada apa yang boleh dikatakan, bolehla sebagai appertizer memikat rasa.
Nama Gerai : Seth Ahmad Yassir Nasi Arab
Lokasi :
1: Gelang Patah, 81550 Gelang Patah, Johor
(Waze)
Wajib Order : Nasi Arab Mandy Ayam, Nasi Arab Mandy Kambing, Shawarma Ayam
Waktu Perniagaan : 11.00AM – 11.00PM
Telefon : +60108892134 / +60108893125
Food Rating : 4.7/5
Service Rating : 4/5