Ok, penduduk area Skudai, Senai dan Kulai, tahu atau tidak, terdapat satu warung yang menjual Mee Bandung Udang, Nasi Goreng Udang yang sangat power di Kampung Jaya Sepakat , Senai. Lagenda ada mengatakan, makan udangnya sahaja lagi lama daripada nak habiskan mee bandung tu sendiri dan ada juga yang tertidur semasa nak habiskan makanan. Tapi tulah, itu cuma lagenda.

Warung Pak Abu

Istimewa pada Warung Pak Abu ini ialah terletak pada udangnya. Besar-besar dan fresh. Tak percaya, kejap lagi krew akan letak gambar, sebelum tu bolehla browse di Instagram. Suasana warung ini mengekalkan ciri-ciri warung pada zaman 80-an, warung dekat dengan pokok besar, bersebelahan sungai, meja kayu beluti. Macam balik ke zaman dahulu rasanya bila sampai disini.

Mee Bandung Udang

Sebenarnya bukan sahaja udang sebagai rencah utama; ayam, daging, sotong juga antara menu-menu yang popular. Lebih daripada 20 jenis hidangan goreng-goreng yang disediakan. Tetapi yang paling didambakan ialah Udang yang besar dan fresh.

Mee Bandung Udang memang besar dan banyak portionnya. Selalunya akan ada 3 udang besar atau 4 udang sederhana besar dalam satu mangkuk. Kuahnya tidak pedas, ada kacang hancur dan tidak telalu banyak udang kering, pada pendapat krew, kalau ada lebih rasa udang keringnya, pasti lagi power tapi rasanya sudah cukup power.

Nasi goreng udang juga tidak mengecewakan, kalau nak recommend, ambil nasi goreng kampung udang atau nasi goreng kampung daging atau sotong. Kesemua hampir sama rasa kecuali pada rencah utamanya. Kalau nak mix n match pun boleh, setakat ni krew belum pernah kena halau kalau order mix n match. Di samping it ada juga menjual rojak petis dan ABC di dalam premis yang sama. Lama juga tidak makan rojak petis, mintak pedas sedikit baru kick.

Untuk yang ingin berkunjung ke Warung Pak Abu, diingatkan bahawa ianya dibuka SETIAP HARI KECUALI SABTU dari jam 8 pagi hingga ke 9 malam. Dinasihatkan datang awal kerana, kadang-kadang petang banyak yang dah habis.

Jika anda datang dari Kulai, teruskan ke Senai sehingga Caltex ada lorong kecil masuk ke kiri, terus dalam 200 meter akan sampai ke destinasi, dan jika anda dari Skudai kene buat U turn di flyover airport tu.

Nama Gerai : Warung Pak Abu
Lokasi : 30, Jalan Berkat 2, Kampung Jaua Sepakat, Senai
(Waze)
Wajib Order : Mee Bandung Udang
Waktu Perniagaan : 8.00AM – 9.30PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3.5/5

Warung Pak Abu Kg Jaya Sepakat
Nasi Goreng Udang -Warung Pak Abu Kg Jaya Sepakat
Nasi Goreng Sotong -Warung Pak Abu Kg Jaya Sepakat
Mee Bandung Udang -Warung Pak Abu Kg Jaya Sepakat
Mee Bandung Udang -Warung Pak Abu Kg Jaya Sepakat
Mee Bandung Udang -Warung Pak Abu Kg Jaya Sepakat

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.