Masa first time dengar Ong Shun, tak tahu ianya merujuk kepada apa? Nama kedai makan ke nama tempat. Setelah melakukan research and development selama 15 saat, rupanya ianya sebuah restoran seafood yang terletak di belakang Thistle Hotel di Jalan Abdul Samad. Alah yang dekat dengan Sedap Corner tu.

Tidak mengikut rekemen dari kawan-kawan di twitter, krew main redah je ke Restoran Makanan Laut Ong Shun. Parking di sini agak susah kerana ianya restoran ini terletak di bahu jalan dan kalau tak sibuk dan penuh, berpeluang untuk parking di depan restoran. Kalau tidak mungkin terpaksa parking lebih jauh sedikit. Waktu maghrib merupakan waktu yang sesak juga kerana memang ramai mengetahui bahawa rakan-rakan berbangsa cina kita suka makan malam lebih awal. Krew bernasib baik kerana mendapat meja betul-betul di hadapan.

Krew hanya mensasarkan makan malam yang biasa-biasa sahaja tanpa memesan makan laut yang grand seperti ketam atau sotong. Krew memmesan nasi goreng seafood, siakap steam nyonya, ayam salted egg dan sharfin sup sebagai starter.

Sup Sharkfin dia setanding dengan restoran mahal-mahal atau hotel. Sedap. Ambil yang small sahaja kalau ada yang tak pandai makan shafkfin soup tu. Nasi goreng seafood dia is a must la. Sebagai main dish. Boleh je nak order nasi putih. Sedap, chinese style yang simple. Memang sedap makan masa panas-panas. Ia sangat komplemen dengan salted egg chicken dan ikan siakap steam nyonya.

Salted egg chicken memang padu. Kuah salted egg nya tidak pekat sangat, kepingan ayam yang di goreng garing. Next time nak order sotong goreng tepung salted egg. Katanya lagi padu. Tapi the real champion kat sini ialah, Siakap Steam Nyonya, ye bukan nyonya stim. Kuahnya yang masam-masam manis, ikan yang fresh. Memang korang kena order!

Harga bagi keseluruhan order di atas dalam hampir RM70++. Puas hati. Pawe!

Restoran Makanan Laut Ong Shun

Lokasi : Jalan Abdul Samad (Waze)
Wajib Order : Siakap Steam Nyonya, Ayam/Udang/Sotong Salted Egg
Waktu Perniagaan : 4.00PM – 12.00AM (Selasa – Ahad, Isnin tutup)
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3.8/5

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.