BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill ni dah lama ada masa musim dekat area Lembah Klang muncul banyak BBQ Joint yang halal macam Beard Brothers BBQ Tak percaya kan? Tulah, BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill ini sudah wujud sejak tahun 2017 lagi. Kambing, ayam, lembu, itik diperap dengan herba dan rempah Asia, di panggang-asap didalam ketuhar kayu-bata(nanti korang faham) dan juga dipanggang di atas kayu arang.

BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill

Krew memang lama nak try pada tahun 2017 tapi hanya berkesempatan pergi pada tahun lepas. Tempat adalah di dalam sebuah rumah. Ya, dalam sebuah rumah. Tanah lapang yang di tukarkan menjadi BBQ joint. Sesampai koang disini, pasti akan nampak satu ketuhar batu-bata yang besar. Di dalam ketuhar itulah segala pemanggangan asap dilakukan. Pemanggangan asap adalah satu proses yang lama dan memakan masa berjam-jam. Jadi mereka telah memanggang sejak dari tengahari dan petang, supaya anda sampai pada waktu malam, ianya sudah siap untuk dihidangkan pada para pelanggan.

Sedia maklum, bbq joit dimana-mana pun, servis memerlukan ketelitian dan masa. Jika anda ingin makan berasaskan pemanggangan asap, ianya boleh dikatakan cepat, tetapi jika memesan ayam grill, kambing grill semua itu perlu made to order dan memerlukan masa. Selain dari menu panggang yang popular, bbq joint ini juga menjual lamb shank, sup, nasi lemak dan juga burger.

Krew memesan, Sup Kambing Salai, Lamb Shank dengan sos Pomodoro, Grilled Chicken, Grilled Smoked Duck, Fish and Chip, Pop Corn Chicken with Fries.

Sup Kambing Salai didatangkan sekali dengan roti sourdough. Sup dia memang pekat dan rasa setiap rempah supnya. Memang tak puas kalau makan semangkuk. Kena repeat order kalau datang ke sini lagi. Antara star dekat sini juga Lamb Shank. Aduh, lembut betul daging kambingnya dan kena betul dengan pomodoro sosnya. Licin krew kerjakan. Star sebenarnya di sini ialah Grilled Smoked Duck dia. Perghhh…., memang Pawe! Lembut habis. Kita tahukan daging itik ni adalah sejenis red meat yang agak sebat atau keras berbanding dengan ayam bandar. Memang bbqmanship di BBQ LAMB JB ni memang mantap lah.

Tips untuk kesini, kalau boleh datang awal dan jangan expect makanan akan datang dengan cepat.

BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill


Facebook : BBQ LAMB JB – Smokehous & Grill
Instagra, : BBQ LAMB JB – Smokehous & Grill
Phone : 018-773 8794
Lokasi : Corner Jalan Songkit 11 & Jalan Songkit 7, Taman Sentosa (Waze)
Wajib Order : Grilled Smoked Duck, Lamb Shank, Ribs
Waktu Perniagaan : 6.00PM – 11.00AM (Sabtu – Khamis, Jumaat tutup)
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 3.5/5

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.