🔥🔥🔥𝗨𝗣𝗗𝗔𝗧𝗘𝗗 19hb Januari 2020
“𝗠𝗮̀𝗮𝗳… 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗸𝗴 𝗷𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁. 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗚𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗦𝘄𝗶𝘀𝘀 𝗔𝘂𝘁𝗼𝗺𝗼𝘁𝗶𝘃𝗲… 𝗯𝗼𝗹𝗲 𝗴𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲
𝗣𝗧𝗗 𝟭𝟬𝟰𝟱𝟯𝟱, 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝟭𝟲 𝟯/𝟰, 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔, 𝗦𝗮𝗹𝗲𝗻𝗴, 𝟴𝟭𝟰𝟬𝟬 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗶, 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿”
Rupanya Nasi Royale yang popular di bahagian utara sudah ada cawangan di Johor Bahru. Ini bermaksud makin banyak pilihan nasi kandar yang warga Johor Bahru akan dapat.
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 11.30 pagi hingga 4 petang. Khabarnya dari jam 11 pagi orang dah mula beratur. GIla lah. Nasi yang berwarna kuning yang digelar ‘nasi lemak’ itu bukanlah nasi lemak yang yang dijangka, lemak itu sebenarnya datang dari minyak sapi yang digunakan.
Pelbagai lauk yang dihidangkan, tetapi tetaplah yang popular, ayam goreng dan sotong masak kari tu. Dicampur pula dengan pelbagai kuah memang sedap meresap ke dalam nasi.
Lokasi : Grand Swiss Automobile (Waze)
Wajib Order : Nasi Royale dengan Ayam Goreng, Kari Sotong
Waktu Perniagaan : ⏰Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, dari 11.30 pagi hingga 4.00 petang
Telefon : 📞 018-905 4328
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 3.5/5