Makanan Hari Raya Sepanjang Tahun

𝗦𝗲𝗹𝗲𝗿𝗮 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴, 𝗣𝗼𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻

Makanan hari raya adalah yang paling best. Ketupat, Lepat, Burasak dimakan dengan rendang, masak ungkep. Fuh terliur betul. Sekarang anda boleh menikmati makanan hari raya sepanjang tahun di Pontian!

Terletak di bandar Pontial Kecil, 𝗥𝗲𝘀𝘁𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗿𝗮 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 menyediakan masakan hari raya sepanjang tahun. Nasi Beriyani, Ketupat, Lepat Loi, Burasak, Daging Rendang, Ayam Rendang, Gulai Ikan Parang dan macam-macam lagi.

Sesampai sahaja di restoran ini, anda boleh memilih lauk-lauk yang di hidangkan. Ketupat, Lepat, Burasak tidak perlu dipilih kerana ianya datang sekali dengan hidangan raya yang dipilih. Anda hanya di caj dengan apa yang anda makan sahaja.

⭐⭐⭐⭐⭐

Nama : 𝗥𝗲𝘀𝘁𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗿𝗮 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴
Waktu Perniagaan : ⏰Dibuka setiap hari kecuali RABU, dari 12:30 tengahari hingga malam
Waze : 📍 𝗥𝗲𝘀𝘁𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗿𝗮 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴
Telefon : 📞 017-739 3478

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.