Dah sampai Kota Tinggi tapi masih buntu nak cari makan? Admin suggest satu tempat yang menarik.
Tidak berapa jauh dari Bandar Penawar, Warung Wak Manan terletak di Kampung Johor Lama. Menyediakan masakan ala kampung dari sarapan pagi seperti nasi lemak, lauk makanan tengah hari seperti asam pedas dan masakan seafood sotong, udang, ketam dan ikan.
Admin berkesempatan makan nasi goreng kampung lesung udang dan daging. Memang sedap dan inilah sepatutnya nasi goreng kampung! Pedas dan banyak udang. Mee goreng juga sedap. Sambil angin laut menyapa, bolehla order kudapan seperti keropok lekor, abc dan ais jagung.
Wak Manan (owner) juga seorang yang peramah menyapa kesemua pelanggan yang singgah makan di warungnya.
🍲 Wajib Order – Nasi goreng kampung udang dan semua masakan seafood
📍 Warung Wak Manan (Facebook | Waze)
⏱️ 6am – 10pm (Tutup ISNIN)
📞0197124312