Pastinya ramai yang sudah mengetahui bahawa industri perhotelan secara khusus dan pelancongan secara amnya merupakan antara industri yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Antara langkah yang diambil oleh industri perhotelan ialah dengan mempromosikan makanan takeaway dan delivery pada harga yang amat berpatutan. Maklumlah makanan hotel selalunya mahal kan.

Bayu Balau Beach Resort tidak ketinggalan dalam hal ini, menyediakan makanan hotel/resort yang berkualiti pada harga mampu milik. Admin berkesempatan ke sana untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sebelum anak-anak kembali ke sekolah. Malam menjelma dan kemalasan untuk start enjin kereta dan keluar di sekitar Desaru dan Bandar Penawar untuk mencari makan. Capai pamplet menu makanan, dan Admin pon capai phone dan terus call Ombak Restoran untuk order makanan. Pulak tu ada kupon 10% boleh digunakan.

Admin order 2 x Chicken Chop, Lamb Chop, Nasi Puteh + Daging Salai Masak Lemak Cili Api.

Perghh dah la murah, RM 15 je harga paling mahal untuk (Chicken Chop, Lamb Chop, Nasi Puteh + Daging Salai Masak Lemak Cili Api) lepastu sedap giler. Ayam di grill dengan baik walaupun isi ayamnya tebal. Sama juga ngan kambing. Gravy dia memang masyuk terok. Nasi goreng kampung dia mendapat thumbs up dari anak bujang. Daging salai masak lemak cili api dia memang berasap. Admin suka pedas, kalau dia pedas lagi sikit, memang terangkat abis.

Apa lagi, kalau dah ada kawasan Desaru tu boleh je ke Bayu Balau Beach Resort untuk order makanan takeaway. Berbaloi boy

🍲 Wajib Order – Chicken Chop, Nasi Puteh + Daging Salai Masak Lemak Cili Api
📍   
Bayu Balau Beach Resort (Facebook | Waze)
⏱️ Always Open
📞0137231330 / 0137231060

 

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.