Ha, nak cari makan apa bila dah sampai Pekan Ayer Hitam tu? Sebenarnya memang banyak gerai, warung dan restoran yang ada menyediakan makanan sedap-sedap dengan harga yang murah di kawasan situ. Kali ini kita ke gerai yang agak viral sedikit masa dahulu. Bihun Sup Daging Selambak

Kawasan gerai ini terletak di Ayer Hitam menghala ke Machap. Laluan ketika malam agak sukar nak perasan sangat tapi gerainya betul-betul di sebelah jalan besar sahaja.

Memang real. Daging selambak. Bihun dia tak nampak langsung. Kene selak daging baru nampak. Memang puas makan, dan sebeanarnya Admin tak dapat nak habiskan daging yang selambak tu. Selain Bihun Sup, gorengan-gorengan lain juga ada. Admin oorder nasi goreng kampung dan nasi goreng biasa.

Dibuka setiap hari kecuali Selasa dari 5.30 petang hingga periuk sup licin katanya. 🤣

 

🍲 Wajib Order – Mee Hoon Sup Daging Selambak
📍  Bihun Sup Daging Selambak Ayer Hitam
 (Facebook | Waze)
⏱️ 5.30PM – 10pm (Tutup SELASA)
📞013-231 9086

 

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.