Berpandukan kepada posting di Facebook, agak terkejut juga apabila mengetahui ada cafe yang menyediakan hidangan western yang fokus kepada gourmet burger dan juga makanan ringan yang lain seperti roti jala, mee kari dan laksa penang, MarKombi Cafe terletak di Parit Markom
Beroperasi pada awal Julai di premis yang sedia ada sekarang, semakin hari semakin mendapat sambutan dan mereka masih lagi mencuba mempersembahkan menu-menu yang baharu pada masa akan datang. Sebelum ini semasa fasa PKP, mereka menjual secara delivery dan di tempat yang lama. Buat masa ini hanya menu-menu yang di fokuskan di atas di jual secara
Beef burger patty adalah homemade, juga chicken grilled di perap dengan rempah tersendiri. Untuk merasakan beef burger tanpa perisa tambahan seperti cheese, admin telah meminta cuma bun, beef patty dan sedikit sos cili tanpa cheese-cheese meleleh. Dan rasanya memang sedap dan juicy. Admin juga order grilled chicken dan grilled beef, serta grill chicken sahaja. Kesemuanya memang sedap dan berbaloi drive jauh-jauh dari Johor Bahru ke Simpang Renggam.
Menu lain juga seperti Laksa Sarang, Roti Jala juga tidak kurang hebatnya. Minuman juga special , 3 layer, teh, bandung dan pandan. Sesuatu yang menarik untuk dicuba. Semasa post ini ditulis terdapat satu menu baharu yang “Fries Beef”. Kene return lagi nampaknya
🍲 Wajib Order – Grilled Beef & Grilled Chicken Burger
📍 MarKombi Cafe (Facebook | Waze)
⏱️ 4PM – 10pm (Tutup SELASA)
📞012-733 7417