Bubur Kangkung Parit Besar
Sebenarnya dah lama nak ke Parit Besar ni sebab nak support bekas rakan sekerja semasa bekerja pada tahun 2015 yang membantu perniagaan adiknya. Akhirnya bulan September 2020 berkesampaian juga. Itupun setelah diajak oleh bekas rakan-rakan sekerja yang lain untuk suprise visit.
Apabila menu barunya betambah iaitu nasi goreng kampung tetel, admin jadi resah, gigil satu badan. Mana mungkin nasi goreng kampung boleh letak tetel? Kata mana stokis tetel dia dapat? Macam profesor matematik menyelesaikan masalah dalam kepala tapi hujung-hujung gambar nasi goreng kampung tetel juga yang muncul.
Banyak sebenarnya order pada hari tu dan makan pun berulang-ulang 😄 . Pertama order nasi goreng kampung tetel. Pergh, nasi goreng kampoung ni dah masuik dalam senarai Top 5 Nasi Goreng Kampung dalam kamus admin. Semuanya cukup rasa, pedasnya taklah pedas sangat tapi cukup utk rasa-rasa hujung lidah tu. Tetelnya pula memang banyak. Memang masuklah gabungan nasi goreng kampung dengan tetel ni. Satu eksperimen resipi yang menjadi. Kalau ada bintang memang diberi markah penuh 5/5. Korang kena cuba ye. Cakap admin JBFOODCLUB rekemen. Admin makan 2 pinggan.
Mee Bandung Tetel. Hmm…marvellous. Semuanya lengkap dengan rencah dan add-on tetel tu memang antap. Kuah mee bandung adalah dari jenis yang tidak terlalu pekat dan tiada kacang tapi kesemunaya rencahnya cukup! Ye, admin makan 2 pinggan. Terdapat juga makanan lain seperti Bubur Kangkung, Nasi Goreng Daging.
DIbuka setiap hari kecuali Khamis, Bubur Kangkung Parit Besar memang patut dikunungi ketika anda berada Batu Pahat. Pastinya variasi makanan yang disediakan mampu membuatkan anda untuk kembali ke sini.
🍲 Wajib Order – Mee Bandung Tetel, Nasi Goreng Kampung, Bubur Kangkung
📍 Bubur Kangkung Parit Besar (Facebook | Waze)
⏱️ 6PM – 11pm (Tutup KHAMIS)
📞 017-719 1024