Misi mencari makanan sedap harga marhaen diteruskan lagi. Sambil melalui jalan ke Gelang Patah, terus bukak facebook dan mencari makanan yang ada di sekitar Gelang Patah. Jumpa. GP Nasi Lemak Station. Tengok review nampak ok dan menarik, tanya member2 ada yang pernah makan pon memberi respons yang sama. Apa lagi, kita kasi terjah.

Mula-mula agak sesat sedikit sebab maps dari Facebook menyasar jauh. Whatsapp tuan punya kedai dan ,memberikan location sebenar. Akhirnya sampai, terletak di Taman Nusantara, GP Nasi Lemak Station menyediakan makan malam yang ringkas dan kena dengan tekak jenis nak makan sarapan pagi tapi boleh juga makan waktu petang dan malam.

Nasi Lemak dia fuhhh… padu. Sambal dia yang manis-manis rupanya selak-selak sikit ada udang. Manis air udang tu dah sebati ngan sambal dia. Nasi lemak dia memang guna sukatan yang tak kedekut, santan, halia semua cukup. Disebabkan ini merupakan gerai, nasi lemak dihidangkan di atas kertas minyak dan sambal telah disiap berbungkus dalam plastik, nak makan kene bukak plastik sambal tu. Selain nasi lemak, ada juga soto nasi. Memang ngam teruk la kuah soto dia. Kene plak ngan sambal kicap. Naik boi. Agak-agak kalau mintak ceker (kaki ayam) lebih boleh dapat kot. Best feeling time makan soto masa musim hujan time ni.

Murtabak Cheese juga memang sedap. Habis sekali hadap je, Tak sempat nak amik gambar banyak. Juga ada menjual Jejari Ayam Cheese dan ini memang order 2 pinggan, berebut. GP Nasi Lemak Station ada menyediakan tempat makan tapi terhad. Kalau nak bungkus atau take-away pon ok.

 

🍲 Wajib Order – Nasi Lemak, Soto, Murtabak Cheese
📍 GP Nasi Lemak Station
 (Facebook | Waze)
⏱️ 5PM – 12pm (Tutup KHAMIS)
📞 013-731 0466

 

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.