Sekarang ini kalau berjalan dalam Johor, admin akan cuba cari kedai-kedai kopi yang menawarkan kopi bru (brewed coffee) tidak kisahlah secara french press, drip, pour over, cold brew, aero press dan bermacam lagi. Scene kopi bru semakin di minati ramai dan ianya sudah menjadi satu hobi yang agak unik dan best!
Kebetulan berada di Batu Pahat beberapa minggu lepas, kafe kopi ini telah di discover tanpa sengaja. Mulanya ingin mencari nasi beryani untuk mengalas perut. Melungsuri Jalan Chengal yang terkenal port Nasi Beryani Pokok Sena, ada seakan cafe kecil didalam sebuah rumah. Melalui tingkap nampak mesin kopi dan terus parking untuk mengetahui apa yang ada di dalam rumah tersebut.
Na Coffee merupakan kafe kopi yang kecil beroperasi bersama Pattern’s Homestay. Berkonsepkan minimalis, kafe ini hanya beroperasi setengah hari sahaja. Ianya cuma menawarkan konsep on the go breakfast dan coffee.
Biji kopi yang diigunakan ialah dari Columbia beraltitud 1320 meter. Profilnya adalah biji kopi arabica yang dari sub variasi castillo dan caturra. Coffee cupping yang dirasa oleh admin cuma takde nutty je, tak pandai sangat. Tapi dari profil gambar tu macam panjang pulak after taste tu. 😊
☕ Wajib Order – Hot Latte, Iced Latte
⏱️ 8AM – 12pm (Tutup KHAMIS)