Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi

Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi

Breakfast Lunch

Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi

Admin meneruskan lagi mencari makanan-makanan sedap harga marhaen sekita Johor. Kali ini di Kota Tinggi. Kedai makan Pak Angah terletak di deretan kedai bersebelahan Jalan Kota Tinggi berdekatan dengan Taman Pasak Indah

Terjumpa secara tidak sengaja sebab Wak Manan tutup dan berjalan keluar untuk ke Sedili. Di sapa mesra oleh owner seperti di jemput masuk ke rumah. Kami terus order Nasi Ayam Madu, sebab ada banner besar tulis depan kedai ini, kemudian tambahnasi gorneg kampung, mee goreng, maggi goreng dan nasi goreng seafood

Terus terang cakap memang semua makanan yang kami order sedap lahh boi. Nasi ayam madu dia memang sedap. Nasi goreng kampung di order untuk benchmark dan ternyata tidak menghampakan. Rencah yang banyak, menggunakan daging, baru best!

Masakan goreng-goreng yang lain menggunakan ayam yang telah di goreng terlebih dahulu sebagai rencah utama (bukan ayam mentah macam kebanyakan kedai tomyam). Setiap masakan terasa lain-lain rencahnya. Boleh bezakan rasa mee goreng dengan maggo goreng.

Nasi goreng seafood dia pula Admin rekemen habis. Semua hasil laut ada dalam nasi goreng seafood ni. Udang, sotong, kerang. Memang terbaik

Buka setiap hari tapi setiap 2 minggu akan mengambil cuti rehat. Di buka dari waktu sarapan pagi hingga lewat petang.

🔖 Nasi Ayam Madu Pak Ngah.  (Facebook Page | Waze)
📍 Taman Pasak Indah, Jalan Kota Tinggi – Desaru
☕ Wajib Order – Nasi Ayam Madu, Nasi Goreng Seafood, Nasi Goreng Kampung, Mee Goreng, Semua sekali
⏱️ 7AM – 6pm (Buka setiap hari, cuti 2 minggu sekali)
📞 Mak Ngah 0177078187
📞 Pak Ngah 0177884590

Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi
Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi
Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi
Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi
Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi
Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi
Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi
Kedai Makan Pak Ngah, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.