Categories
Dinner Lunch

PKPB REVIEW – Otack-otack bukan sekadar otak-otak

Otack – otack (sebutan otak-otak)

Kita kan sekarang ni dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Hendak makan luar tak boleh, so kita cari la mana-mana yang offer food delivery.

Tengah selak-selak instagram ternampak seller yang menjual otak-otak yang agak unik. Bersaiz besar daripada biasa, dan mempunyai perasa selain ikan yang biasa kita makan.

Ada perasa ketam, lala, udang, sotong dan juga yang biasa ikan (fillet). Admin jenis yang suka seller yang menjual produk jenis fokus dan tidak oversell. Harga pon tak complicated sangat. RM 12 untuk semua kecuali ikan.

Admin order 3 jenis perasa; ketam, lala dan udang. Pertamanya, pes otak-otak itu sendiri sudah sedap dan tidak pedas. Dibakar dengan baik dan tidak over burn. Isinya tebal dan puas untuk makan sebagai lauk sampingan dan sesuai dimakan untuk dua orang.

Isi-isi ketam, lala, dan udang dapat dirasa dalam setiap suapan. Admin suka perasa ketam, perasa lala memang unik.

Otack – Otack beroperasi setiap hari,menerima tempahan mengikut stok yang sedia dan caj penghantaran mengikut kawasan.


Otack-otack ( Instagram )
Open for delivery only
Otak Otak Ketam, Otak Otak Lala
10AM – 10PM (Buka setiap hari)
018 777 4322

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.