Burger Mantap dari Projek Burger
PKPB Review kembali lagi.
Ternampak iklan ini selalu muncul di dalam Group Telegram Taman. So masa hari itu dah tak tahu nak makan apa terus buka balik Telegram dan cari balik post burger ni.
Rupanya dekat sahaja dengan kawasan taman. Memandankan anak-anak dah kenyang dan just nak cuba-cuba menu (sambil-sambil boleh buat review), admin order Top Seller, Spicy Double Cheese Chicken Burger untuk admin sorang, dan The Long Grill Chicken Buger untuk makan ramai-ramai.
Menyesal. Menyesal. Menyesal tak tahu kewujudan Projek Burger ini. Mantap ahh boi. Dari segi presentation sahaja memang A. Sama macam gambar. SAMA! Dengan gigitan pertama burger top seller tu dah tahu dah ini hasil dari orang yang berpengalaman. Grill chicken memang dimasak dengan baik, lebut dan unik rasa perapan nya. Ditambah dengan sos cheese yang tidak meleleh-leleh, ngam-ngam je dan topping chilli flakes dengan campuran chille powder tu memang menarik la. Tak terpikir nak buat rasa spicy dari campuran dua benda ini.
Roti John tu memang sedap, potongan kiub ayam yang di grill, seperti ada campuran sos bbq. Anak-anak menyukainya.
Projek Burger dikendalikan oleh chef yang berpengalaman dan kualiti makanan menjadi keutamaan. Padu!
🔖 Projek Burger ( Instagram )
📍Blok K, Jalan Pulai 84/8, Taman Pulai Utama, 81300 Skudai. Open for delivery
🦪 Spicy Double Cheese Chicken Burger, The Long Grill Chicken Burger (2PCS)
⏱️ 10AM – 10PM (Buka setiap hari)
📞 018-241 4725